Jepun – 10 Fakta Menarik Negara Yang Sentiasa Jadi Wishlist Semua Orang - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Isu Best

Jepun – 10 Fakta Menarik Negara Yang Sentiasa Jadi Wishlist Semua Orang

Share

Dalam bahasa jepun, perkataan ‘Jepun’ itu disebut Nihon atau Nippon yang bermakna ‘Negara Matahari Terbit’.

Dipercayai bahawa negara Jepun merupakan negara yang pertama dapat menyaksikan matahari terbit di ufuk timur pada waktu pagi.

Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai negara Jepun yang anda perlu ketahui:-

1. 21 peratus daripada penduduk negara Jepun merupakan warga emas, paling tertinggi di dunia. Terdapat lebih ramai warga emas di Jepun berbanding kanak-kanak.

2. Jepun mempunyai lebih 3,000 cawangan restoran McDonald, jumlah tertinggi berbanding mana mana negara di luar Amerika Syarikat.

3. Kadar kelahiran di Jepun tersangat rendah sehingga terdapat lebih banyak lampin dewasa berbanding lampin bayi.

4. Satu-satunya mangsa kapal RMS Titanic yang karam pada 1914 yang terselamat, Masabumi Hosono, dipanggil pengecut oleh negara Jepun kerana tidak terkorban bersama penumpang yang lain.

5. Di Jepun, para pekerja dibenarkan untuk tidur semasa waktu kerja, dipanggil ‘inemuri’ – bukti penat lelah dari mengerjakan semua tugasan.

6. Daging kuda mentah dianggap suatu hidangan di Jepun. Ia dipanggil ‘Basashi’. dihiris nipis dan dimakan mentah.

7. Membuat bunyi sewaktu makan mee segera dianggap suatu pujian namun menghembus hidung dikhalayak ramai dianggap biadap.

8. Kadar celik bagi mereka yang boleh membaca dan menulis di Jepun adalah hampir kepada 100% (WOW!)

9. Pengangguran di Jepun adalah rendah. Kurang dari 4 peratus setiap tahun.

10. Kentucky Fried Chicken adalah hidangan makan malam ambang sambutan Krismas di Jepun.

Menarik sungguh negara Jepun meski mereka mempunyai perbezaan dari segi kebudayaan, makanan dan adat. Perbezaan ini yang membuatkan kita semua unik, bukan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!