Sedap & Kenyang! Syarikat Jepun Ini Cipta Mask Muka Yang Boleh Dimakan );

Type to search

Adamedia Isu Best Makan

Sedap & Kenyang! Syarikat Jepun Ini Cipta Mask Muka Yang Boleh Dimakan

Share
mask

Selalunya ketika kita hendak memilih mask muka (pelitup muka), ciri-ciri dan keutamaan sebelum membeli adalah mencari jenis yang mampu melindungi diri daripada virus berbanding rekaannya.

Ini kerana kebanyakan pelitup wajah mempunyai rekaan yang sama cuma berbeza dari segi warna dan ketahanannya melindungi seseorang terhadap virus.

Namun sebuah syarikat di Jepun iaitu Goku No Kimochi The Labo membuktikan sebaliknya bahawa pelitup muka bukan sekadar dipakai melindungi diri tetapi ia juga boleh dimakan. Pelik tapi benar.

Syarikat tersebut melancarkan pelitup muka berbentuk melon pan atau roti melon yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Jepun sebagai snek.

mask roti melon

Bagi merealisasikan idea itu, Goku No Komicho The Labo bekerjasama dengan pengeluar roti melon terkenal di Tokyo, Melon de Melon.

Melon de Melon menyediakan roti melon yang kemudiannya dijadikan sebagai mask muka. Menariknya, mask itu turut mendapat kelulusan daripada lembaga ujian pelitup muka Untika Garmentec Research.

Menurut lembaga itu, pelitup muka roti melon dapat memberikan perlindungan tinggi seperti pelitup muka biasa yang berada di pasaran dalam melindungi diri daripada virus.

Kajian yang dilakukan mendapati, ia dapat berfungsi sebagai alat pencegah virus meskipun ia makanan. Ini kerana, seseorang dapat mengigit roti itu dari bahagian dalam ketika mulut ditutup oleh topeng itu.

Pelitup muka itu dijual secara eksklusif di semua kedai The Labo yang didatangkan dengan lima pelitup muka roti melon dan dijual pada harga 1,800 Yen atau RM67.

[Sumber: TimeOut]

Baca Lagi: Kerajaan Jepun Lanjutkan Lagi Perintah Darurat Sehingga 20 Jun

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!