Jepun Hasilkan Beg Aquarium Untuk Bawa Ikan Bersiar-Siar

Type to search

Adamedia Infotainmen

Jepun Hasilkan Beg Aquarium Untuk Bawa Ikan Bersiar-Siar

Share
beg

Seperti yang kita ketahui, haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda sering dibawa bersiar-siar oleh tuan pemilik. Tapi pernahkah anda terfikir untuk membawa ikan bersiar-siar di taman permainan?

Sebuah syarikat di Jepun telah membangunkan sebuah beg akuarium yang boleh menempatkan ikan peliharaan untuk dibawa ke mana sahaja.

Didatangi dengan reka bentuk seperti tiub panjang, beg tersebut juga mempunyai ruang lutsinar yang membolehkan tuan pemilik melihatnya dari luar.

Beg yang dinamakan “Katsugyo” itu turt mempunyai pemegang dan tolok pemantau oksigen agar pengguna sentiasa peka dengan tahap bekalan oksigen yang diperlukan haiwan berkenaan.

beg

beg

Dihasilkan oleh syarikat Ma Corporation, ianya bertujuan memberikan ciri inovasi yang lebih elegan, selamat dan mesra alam berbanding penggunaan beg plastik berisi air.

Pihak Ma Corporation ketika ini sedang giat menguji peralatan tersebut dan difahamkan, beberapa ciri tambahan lain lagi akan ditambah sebelum ianya dirasmikan.

Antara maklumat yang diketahui setakat hari ini adalah ruang ataupun fungsi khas yang akan ditambah bagi membolehkan pengguna beri makanan pada ikan peliharaannya.

Lebih menarik lagi, “katsugyo” juga boleh digunakan untuk membawa ikan yang dibeli dari pasaraya bagi mengekalkan kesegaran ikan tersebut.

beg

Sekiranya ia benar-benar dipasarkan secara meluas di seluruh dunia, adakah penggunaan plastik di pasar ikan tidak lagi relevan pada satu hari nanti? Tunggu dan lihat la ye!

 

Sumber: infomalaysiatrending

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!