Jepun Perkenalkan Robot Bantu Tangani Penularan Covid-19
Share

Disebabkan penularan dan peningkatan kes wabak Covid-19 di seluruh negara telah menyebabkan pelbagai aturan dan kawalan keselamatan dilakukan.
Antaranya dengan memakai pelitup muka atau “mask” ketika hendak keluar melakukan sesuatu urusan.
Tetapi meminta seseorang untuk memakai pelitup muka merupakan sesuatu perkara yang sukar untuk diubah, tetapi di negara Jepun kerana mereka kini menggunakan sebuah robot untuk melakukan tugas tersebut.
Antara ungkapan atau rakaman suara yang digunakan ialah “I’m sorry to bother you, but please wear a mask” sebelum pelanggan mula memasuki sesebuah premis.
(Keadaan ketika pelanggan memasuki premis; Daily Sabah)
Robot tersebut juga akan tunduk hormat kepada pelanggan dan mengungkapkan “Thank you for understanding” mereka sekiranya mereka akur dan mematuhi peraturan tersebut.
Robot tersebut diberi nama “Robovie” dan telah dilakukan eksperimen dengan meletakkannya di penjualan gedung rasmi pasukan bola sepak Cerezo Osaka, yang dikendalikan oleh Advanced Telecommunications Research Institute International (ATR) yang berpusat di Kyoto di mana robot ini dicipta.
Ia dilengkapi dengan kamera dan imbasan 3D laser yang dapat mengesan adakah pelanggan yang datang memakai pelitup muka ataupun serta memastikan mereka mengamalkan penjarakkan sosial.
Penggunaan Robovie ketika ini baru dalam fasa percubaan dan akan dilakukan hingga hujung bulan ini bagi melihat keberkesanannya dan akan dilanjutkan mengikut keadaan.
Sumber: Daily Sabah