Jom Tebus Internet 1GB Percuma Di Telco Anda );

Type to search

Jom Tebus Data Internet 1GB Percuma Di Telco Anda

Adamedia Infotainmen

Jom Tebus Data Internet 1GB Percuma Di Telco Anda

Share

Kerajaan telah melanjutkan tempoh tebusan internet 1GB percuma sehingga 31 Julai 2021 dan orang ramai terutamanya pelajar sekolah sudah boleh mula menebusnya.

Seperti yang kita ketahui, kes jangkitan harian Covid 19 kian meningkat semula sejak beberapa hari ini dan kesan dari itu beberapa sekolah terpaksa ditutup semula dan pelajar perlu menjalani sesi persekolahan secara online di rumah.

Beberapa syarikat telco di Malaysia sudah mula aktif bergerak dalam memberikan data 1GB percuma seperti yang di arahkan pihak berkuasa.

Mesti ramai yang terfikir macam mana nak tebus kan?

Ikuti langkah tebusan di setiap telco di bawah untuk info lanjut

 

U Mobile

telco

Buat pengguna telco U Mobile, anda hanya cuma perlu mendaftar sekali sahaja dan akan menerima data percuma pada setiap hari.

Tawaran ini hanya sah untuk pengguna prabayar dan juga pascabayar.

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

 

Celcom, X Pax, Yoodo

telco

Pengguna telco di atas tidak perlu membuat sebarang tebusan di mana-mana aplikasi kerana data percuma akan diberikan secara automatic ke akaun anda.

Walaubagaimanapun, penggunaan data 1GB ini hanya dibenarkan pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang sahaja dan jika melebihi masa yang ditetapkan, kuota data akan diambil dari baki yang tersedia ada.

Penggunaan hotspot juga dibenarkan, boleh la kongsi dengan adik yang masih di bangku sekolah ye!

 

Digi Internet dan Panggilan Percuma

telco

Tawaran ini dikhaskan untuk pengguna pelan pascabayar dan broadband digi sebanyak 1GB setiap hari.

Sama seperti Celcom, pengguna hanya boleh menikmati tawaran ini bermula dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang sahaja dan tebusan boleh dibuat di aplikasi MyDigi.

Selain daripada itu, Digi juga menawarkan internet dan panggilan percuma dengan tambah nilai sebanyak RM 10 ke atas seperti berikut:

  • Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB internet dengan tambah nilai sebanyak RM 10 hingga RM 29.99 dan sah untuk tempoh 3 hari.
  • Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM 30 dan ke atas dan sah untuk tempoh selama 7 hari.

 

Maxis

telco

Pengguna telco Maxis perlu menebus data percuma yang diberi pada setiap hari melalui  aplikasi berbeza Maxis seperti berikut.

Maxis Postpaid

  • Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Maxis Biz Postpaid

  • Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Flex Postpaid

  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Prepaid

  • Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’

 

Sumber: semakanonline.com

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!