Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, JPJ Tawar Diskaun Sehingga 70% Untuk Semua Jenis Saman );

Type to search

Adamedia Isu Best

Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, JPJ Tawar Diskaun Sehingga 70% Untuk Semua Jenis Saman

Share

Berita baik buat anda yang masih mempunyai tunggakan kes saman melibatkan JPJ, anda berpeluang melangsaikan tunggakan saman anda dengan kadar bayaran yang lebih rendah.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, mulai 18 Ogos sehingga 16 September 2021, orang ramai diberi peluang untuk membayar saman dengan tawaran diskaun sehingga 70%.

Pengurangan tersebut diberikan kepada semua saman yang boleh dikompaun kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

tawar

Selain itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tersebut.

Diskaun ini diberikan seiring dengan permasalahan ekonomi yang melanda rakyat ketika ini ekoran daripada penularan wabak COVID-19 yang tiada penghujungnya.

Walabagaimanapun, buat pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), anda dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ Cawangan ataupun Negeri bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

tawar

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, urusan boleh dilakukan di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau menerusi portal mySIKAP di https://public.jpj.gov.my.

Peluang macam ni jarang-jarang berlaku tau, ini la masa yang sesuai untuk anda selesaikan saman yang tertunggak!

 

[Sumber]: sinarharian

 

Baca: Alif Syukri Hantar Permohonan Untuk Jadi Perdana Menteri Ke-9

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!