Gara-Gara Tidak Diberi Makan, Jurugambar Ini Padam Semua Gambar Pengantin Di Majlis Perkahwinan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Gara-Gara Tidak Diberi Makan, Jurugambar Ini Padam Semua Gambar Pengantin Di Majlis Perkahwinan

Share

Detik bahagia semasa majlis perkahwinan sememangnya sesuatu yang sangat bermakna buat pasangan suami isteri yang baru sahaja disatukan.

Setiap momen dan detik pada hari penting itu akan diabadikan dalam beberapa kepingan gambar yang kebiasaannya diambil oleh jurugambar upahan.

Namun lain pula ceritanya buat sepasang pengantin ini apabila jurugambar mereka bertindak memadam kesemua gambar yang telah diambil.

jurugambar

Kisah ini diceritakan di platfom Reddit sebelum ianya tular di media sosial namun, tidak dapat dipastikan berlaku di mana.

Segalanya terjadi selepas berlakunya pertelingkahan antara pengantin lelaki berkenaan yang dikatakan enggan memberi bayaran dan makan pada jurugambar wanita ini.

Difahamkan, beliau telah meminta kebenaran daripada pengantin lelaki untuk berehat selama 20 minit bagi mengisi perut terlebih dahulu, namun beliau diberitahu oleh lelaki tersebut untuk terus ambil gambar atau pergi tanpa gaji.

jurugambar

“Sekitar jam 5 petang, makanan disajikan dan saya diberitahu saya tidak boleh berhenti kerja untuk makan kerana perlu ambil gambar.

“Bukan itu sahaja, mana-mana meja pun tidak disediakan untuk saya. Penat dan pada masa yang sama menyesal ditambah pula tempat majlis yang panas ketika itu,” katanya.

Geram dengan respon yang diberikan pengantin, wanita ini didakwa memadam semua gambar yang diambilnya di hadapan pengantin sebelum beredar dari majlis tersebut.

jurugambar

Tidak dinafikan bahawa detik manis bergelar pasangan pengantin di hari perkahwinan sangat bermakna dan mungkin menjadi satu sejarah yang tidak boleh dilupakan, namun tidak bermakna kita boleh bersikap kejam pada jurugambar yang bertugas.

Sekurang-kurangnya beri la mereka berehat dan hargai lah setiap titik peluh mereka yang penat bekerja seharian.

Kalau dah jadi macam situasi seperti ini, kan dah rugi momen hari perkahwinan anda kan?

 

[Sumber: india.com]

 

Baca: Proton Saga ‘Black Night’ 1989 Raih Kejayaan Di Pertandingan Kereta Klasik Di UK

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!