Jururawat Dapati Doktor Baharu dalam Unitnya Adalah Bayi Pramatang yang dirawat 28 Tahun Lalu - Verst Adamedia );

Type to search

Jururawat Dapati Doktor Baharu dalam Unitnya Adalah Bayi Pramatang yang dirawat 28 Tahun Lalu

Adamedia Isu Best Lifestyle

Jururawat Dapati Doktor Baharu dalam Unitnya Adalah Bayi Pramatang yang dirawat 28 Tahun Lalu

Avatar
Share

Seorang jururawat dari Lucile Packard Children Hospital di California terkejut apabila mengetahui rakan sekerja baharu berusia 28 tahun dalam pasukannya adalah bayi di bawah jagaannya 28 tahun lalu.

Vilma Wong, jururawat yang sudah berkhidmat selama 32 tahun di hospital tersebut bertemu dengan Brandon Seminatore, 28, Ogos lalu. Brandon yang kini seorang doktor bakal menghabiskan latihan neorologi kanak-kanak baru sahaja menyertai pasukan Vilma.

“Saya tanya apa namanya. Kemudian, apabila dia menyebut nama bapanya, saya berasa seperti pernah mendengar nama tersebut,” kata Vilma.

“Saya terus bertanya tentang asal usulnya dan dia mengatakan dia adalah bayi pramatang yang dilahirkan di hospital Lucile Packard,” tambah Vilma.

Rasa ingin tahu Vilma semakin menebal. Pada satu ketika, Vilma terus bertanya Brandon “ayah awak anggota polis?” Selepas itu, kedua-duanya senyap. “Ya” jawab Brandon. Brandon memberitahu, ibu bapanya berpesan untuk mencari jururawat bernama Vilma apabila dia bekerja di hospital itu.

Malah, kedua-dua orang tuanya menghantar mesej bergambar yang menunjukkan Vilma memangku Brandon di hospital 28 tahun lalu.

“Saya sangat terkejut mulanya tetapi kemudian berasa sangat gembira kerana saya yang menjaganya berpuluh tahun dulu. Sekarang, dia menjadi sebahagian daripada kami,” ujar Vilma.

Sementara itu, Brandon menjelaskan keluarganya memberitahu sewaktu dia dilahirkan, dia memerlukan inkubator untuk memanaskan badannya dan perlu ada seorang jururawat khas untuk memantau keadaannya ketika itu.

“Bertemu dengan Vilma merupakan satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Saya tidak menyangka akan berjumpa dengan insan yang menjaga saya sewaktu saya masih bayi,” kata Brandon.

Sumber: ABC News

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!