Jururawat Ini Cerita Pengalaman Seram, Bahu Rasa 'Berat' Lepas Potong Tangkal Jenazah );

Type to search

Adamedia Isu Best

Jururawat Ini Cerita Pengalaman Seram, Bahu Rasa ‘Berat’ Lepas Potong Tangkal Jenazah

Share
jururawat

Seorang jururawat berkongsi pengalaman kawannya yang dipercayai dirasuk selepas pulang ke rumah.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah video itu dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet.

BACA JUGA: Lelaki Baca Buku Genre Seram, Biografi Lebih ‘Seksi’ di Mata Perempuan

Ujar jururawat ini, kawannya yang bertugas pada shif bermula 2 petang hingga 9 malam dipercayai telah dirasuk sejurus pulang dari tempat kerja.

Difahamkan, ketika bertugas kawannya perlu mengendalikan jenazah wanita tua dan ‘terjumpa’ lilitan tangkal berwarna hitam.

Akibat potong tangkal..

Gambar hiasan

Biasalah bila meninggal dekat wad ini misi kena uruskan jenazah itu buat last office (LO) kafan apa semua.

So, bila masa dia tengah bersih-bersih jenazah apa semua ini dekat perut wanita itu ada pakai macam satu lilitan tangkal warna hitam.

Nak tak nak kenalah potong sebab nak bersihkan jenazah kan tak boleh ada apa-apa barang dekat jenazah tu.

So dah minta izin dengan keluarga by phone (menerusi panggilan). Dia pun potonglah, bila potong tiba-tiba dia rasa macam ada satu angin dari belakang bertiup dekat leher.

Apa yang lebih mengerikan, wanita tersebut dikatakan mula berasa seram sejuk namun, dia sama sekali tidak mengendahkannya dan terus pulang ke rumah.

Bila dah pukul 9 malam tu dah buat report apa semua dia balik. Bila balik dia rasa berat dekat bahu dengan kepala sampai ja rumah dia dah tak ingat apa-apa.

Selang 4 hingga 5 jam tu selepas itu baru dia sedar. Dia sedar tengok orang dah ramai dekat rumah dia suami ada dekat sebelah apa semua. Lepas itu suami pun ceritalah ada ustaz datang rumah berubatkan dia dan tanya macam-macam.

Lepas itu, dia pun tanyalah (suami) ada ke dekat hospital tu buat apa-apa prosedur potong tangkal ke apa. Dia pun baru teringat yang dia uruskan satu jenazah tadi. Dia potong tangkal dekat pinggang jenazah wanita tua tu.

Video penuh

[Sumber: Azrul]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!