Menakjubkan! Jururawat Ini Kreatif Buat Lampu Candelier Guna Botol Vaksin Kosong );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Menakjubkan! Jururawat Ini Kreatif Buat Lampu Candelier Guna Botol Vaksin Kosong

Share
CANDELIER

Seorang jururawat di Colorado, Amerika Syarikat menjadi perhatian apabila menghasilkan sebuah candelier menggunakan ratusan botol vaksin yang telah digunakan.

Candelier itu dihasilkan sebagai tanda penghormatan kepada seluruh petugas barisan hadapan di seluruh dunia yang bertungkus lumus sejak pandemik melanda.

BACA: Pak Cik 74 Tahun Kutip 9,000 Botol Kaca di Tepi Pantai Terengganu Buka Muzium Botolnya Sendiri

Laura Weiss sebenarnya sudah bersara sebagai seorang jururawat namun diminta kembal bertugas oleh Boulder County Public Health dan ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 sejak Februari lalu.

Sejak kembali bertugas, Laura melihat ratusan botol kaca vaksin jenis Moderna berselerakan dibuang.

Laura menggunakan ratusan botol vaksin untuk menghasilkan candelier itu.

Menurutnya, botol itu sangat cantik dan timbul idea untuk mengubahnya menjadi sebuah candelier yang menakjubkan dan mempunyai makna tersendiri.

Dia turut mendapat keizinan daripada majikannya untuk membawa pulang botol-botol berkenaan selepas membeli sebuah bingkai kosong lampu untuk meneruskan projek itu.

“Idea ini bukan sahaja untuk mengitar semula botol berkenaan tetapi cahaya daripada candelier itu adalah simbolik cahaya kepada kegelapan yang dilalui seluruh dunia akibat pandemik.

“Cahaya itu mewakili harapan dan kemampuan semua petugas barisan hadapan untuk terus bertahan dalam memerangi wabak ini,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, lampu itu masih belum dipasang secara khusus dan Laura masih mempertimbangkan lokasi sesuai untuk menggantung candelier tersebut.

[Sumber: CBC]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!