Jutawan Segera! Wanita Ini Menang RM 4.1 Juta Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Jutawan Segera! Wanita Ini Menang RM 4.1 Juta Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Share
4

Dengan hanya satu suntikan vaksin COVID-19, wanita Australia ini telah bergelar jutawan muda apabila berjaya memenangi wang sebanyak $1,000,00 (4.1 juta)

Joanne Zhu, 25, menerima habuan wang berkenaan selepas memenangi kempen Million Dollar Vax yang bertujuan mengalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin.

Merupakan salah seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin, ianya ibarat mimpi menjadi kenyataan buat wanita berkenaan apabila beliau sendiri tidak percaya dengan tuah yang memihak padanya.

4

Berkata kepada News 7, Joanne yang terkejut berkata, “Adakah saya bermimpi? Adakah ini benar? Saya tidak percaya”. 

Menurut Joanne, ketika itu beliau sedang bekerja dan menerima panggilan dari pihak kempen tersebut, tetapi tidak dijawab. Joanne menghubungi semula nombor tersebut dan dimaklumkan bahawa beliau berjaya memenangi satu juta dollar. 

Difahamkan, Joanne mahu berkongsi wang hadiahnya itu bersama keluarga dan rakan-rakan setelah hampir dua tahun tidak berjumpa dengan keluarganya di China semenjak pandemik COVID-19. 

4

“Saya rasa saya nak bawa keluarga saya dari China ke Australia dan beri mereka menginap di hotel lima bintang untuk Tahun Baru Cina ini jika sempadan telah dibuka semula. 

“Saya nak beli hadiah untuk mereka dan laburkan baki wang itu supaya saya boleh dapat lebih banyak wang di masa depan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya. 

Kalau la cara yang sama dilakukan di Malaysia, mesti kadar vaksinasi di negara kita dah lama mencapai seratus peratus kan?

 

[Sumber: news.sky]

 

Baca Juga: [VIDEO] Beli Emas 40 Tahun Dahulu RM662 Sahaja, Kini Jual Balik Dapat RM 5,800

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!