Kaki Wayang Alert! 5 Filem Best Yang Wajib Korang Tonton Tahun 2022 );

Type to search

Adamedia Lifestyle Movie Preview

Kaki Wayang Alert! 5 Filem Best Yang Wajib Korang Tonton Tahun 2022

Share
tahun

Kurang dari 24 jam sahaja lagi tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya dan esok malam tumpuan warga kota pastinya akan ter arah kepada aktiviti bermain mercun dan bunga bagi menyambut ketibaan tahun baru.

Selain daripada sambutan bunga api, tahun 2022 semestinya merupakan tahun yang dinantikan oleh seluruh peminat filem blockbuster hollywood.

Pelbagai filem menarik yang menanti anda dan ini merupakan antara 5 yang terbaik Adamedia senaraikan.

Avatar 2

tahun

Tahun 2022 bakal menjadi tahun yang pasti menggegarkan peminat pawagam apabila filem yang paling ditunggu-tunggu Avatar 2, dijadualkan berlangsung tahun hadapan.

Pengarahnya, James Cameron telah berjanji untuk mengarahkan dua lagi sekuel, sekiranya Avatar 2009 berjaya memecah panggung.

Hasilnya, Avatar menjadi filem terlaris sepanjang zaman dan James mengotakan janjinya dengan meneruskan gandingan antara Jake Sully dan Neytiri dalam meneroka kawasan baharu bernama Pandora.

Dikagumi dunia kerana kecanggihan kesan visual yang memberi dimensi baharu kepada dunia pawagam, Avatar 2 dijangka bakal berada pada senarai filem yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2022.

 

Fantastic Beasts: The Secrets Of Dumbledore

tahun

Selepas meletup dengan dua sekuel sebelum ini, Fantastic Beasts bakal kembali dengan skrip terbaru bertajuk Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore. Filem ini mengetengahkan rahsia di sebalik kehidupan pengerusi Hogwarts, Albus Dumbledore.

Ramai yang tidak sabar menantikan hubungan dan persaudaraan antara Aurelius Dumbledore (Ezra Miller) dan Albus arahan Jude Law. Semestinya, yang paling mencuri tumpuan adalah pengembaraan ajaib Newt Scamander!

 


Baca Juga: [Review] Spiderman: No Way Home – Antara Filem MCU Thorbaek!


Morbius

tahun

Selepas membintangi filem House of Gucci, watak Paolo Gucci yang dibawa menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan peminat. Tahun hadapan Jared Leto sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila bakal tampil dalam sebuah filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU), iaitu Morbius.

Dijangka akan dilancarkan sekitar penghujung Januari, Morbius mengisahkan seorang saintis bernama Dr. Michael Morbius yang menghidap penyakit pelik yang cuba mengubati dirinya sehingga bertukar menjadi puntianak yang sentiasa dahagakan darah manusia.

Filem ini sepatutnya disiarkan pada Julai 2020, namun disebabkan sekatan COVID-19, filem arahan Daniel Espinosa itu terpaksa ditangguhkan. Untuk pengetahuan korang, Morbius ini merupakan salah satu daripada ‘penjahat’ yang bakal muncul pada siri Spiderman tau, kalau nak tau lebih lanjut kena tunggu Januari nanti!

 

Doctor Strange: Multiverse Of Madness

tahun

Bagi yang sudah menonton Spider-Man: No Way Home, pastinya tidak sabar menanti filem MCU seterusnya berjudul Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Korang mesti dah tengok trailer filem ni kan? Banyak perkara yang mengejutkan akan ditampilkan dalam ‘multiverse’ termasuk hubungan antara Scarlet Witch dan Doctor Strange.

Persoalannya, apa akan jadi pada Doktor Strange jika orang yang paling disayanginya ‘terkesan’ dengan perbuatannya sendiri? Tunggu dan lihat!

 

Black Panther: Wakanda Forever

tahun

Selepas kematian Chadwick Boseman yang merupakan pelakon utama memgang watak sebagai Black Panther, tumpuan peminat pastinya tertumpu kepada siapakah pengganti bagi adiwira itu.

Sehingga ke hari ini, persoalan itu masih lagi belum terungkai dan segala-galanya akan terjawab sekitar November 2022 apabila Black Panther: Wakanda Forever bakal ditayangkan.

 

Baca Juga: Tan Sri dato’ Seri Michelle Yeoh Sekali Lagi Bawa Nama Malaysia Ke Hollywood Menerusi ‘Everything, Every Where All At Once’

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!