Kakitangan Kesihatan Di Sabah Jalani Ujian Kesihatan Mental );

Type to search

Adamedia Isu Best Lifestyle

Kakitangan Kesihatan Di Sabah Jalani Ujian Kesihatan Mental

Avatar
Share

Berikutan kes Covid-19 yang kian hari makin meningkat di Sabah telah memberi laluan kepada para kakitangan kesihatan di sana jalani pemeriksaan kesihatan mentak mereka dari semasa ke semasa.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, masalah kesihatan mental yang dikesan dalam kalangan pekerja akan dirujuk ke bahagian psikologi bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Akibat tekanan yang melanda, pihak kerajaan Sabah amat peka dan prihatin terhadap masalah ini agar ia tidak menganggu tugas mereka.

Tambahnya lagi, kakitangan kesihatan juga boleh berhubung secara langsung melalui Talian Sokongan Psikososial yang disediakan oleh pihak Kesihatan Mental dan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) bagi mendapatkan nasihat dan bantuan kesihatan mental.

Sebagai persediaan memulakan tugas ke zon merah, para kakitangan akan diberi sedikit taklimat “pra-penyebaran”, kemudian ketika melakukan tugas mereka akan diberi “intra-taklimat” dari semasa ke semasa dan akhirnya akan diberi taklimat “pasca-penyebaran” untuk memastikan kesihatan mental mereka sentiasa stabil.

“Kebajikan mereka akan dijaga dan akan memastikan bahawa mereka akan dibantu sekiranya zon mereka kekurangan kakitangan agar mereka tidak merasa terbeban dan ketinggalan,” katanya lagi.

Dengan menjaga kesihatan para kakitangan yang terlibat, pihak kerajaan Sabah dapat memastikan keberkesanan untuk menangani wabak ini semakin baik.

Sumber: The Sunday Daily

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!