Aksi 2 Budak Perempuan Selamba Duduk Tengah Padang Ketika Perlawanan Bola Sepak Berlangsung

Type to search

Adamedia Lifestyle

Aksi 2 Budak Perempuan Selamba Duduk Tengah Padang Ketika Perlawanan Bola Sepak Berlangsung

Share
selamba

Macam yang kita tahu, padang bola digunakan untuk lakukan aktiviti riadah yang berkaitan dengan bola tetapi lain pula yang jadi pada permainan bola sepak kanak-kanak ini.

Dalam sebuah video yang meraih 4 juta tontonan di TikTok, dapati dua orang budak perempuan yang selamba berehat di tengah-tengah kawasan padang dimana ketika itu perlawanan bola sepak sedang dijalankan.

selamba

Rehat sambil girls’ talk tengah padang dengan selamba tanpa rasa serba salah

Mereka berdua seakan tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi di sekeliling asalkan sesi bergosip diteruskan.

Video tersebut menunjukkan salah seorang daripadanya sedang meniarap manakala seorang lagi duduk sambil kakinya menjulur kepada rakannya itu.

Pada pertengahan rakaman itu menunjukkan sekumpulan budak lelaki sedang berlari mengejar bola yang disepak ke arah mereka berdua. Kalau kita lihat memang nampak bahayakan? Risau lah jika kanak-kanak perempuan itu dilanggar oleh pemain bola yang sedang syok main di atas padang.

Korang mesti tak boleh bayangkan melihat reaksi budak perempuan tu apabila bola tersebut berhenti di kawasan mereka lepak.

Tak mahu rasa ketinggalan dengan perbualan mereka, budak perempuan yang sedang duduk itu terus menolak bola tersebut secara kasar dan ini menunjukkan tanda tidak mahu ‘diganggu’ buat masa ini.

@nikkistarling1

👯‍♀️ #besties #bestfriendscheck #girlfriend #soccer #foryou #foryoupage #kids #kidstiktok #humor

♬ Girl Talk - mercer & Kendall K

Rata-rata meninggalkan komen yang lucu dan geram juga pada kanak-kanak perempuan yang mungkin dalam lingkungan usia 3 tahun. Yelah orang nak main bola boleh pulak dia duduk situ. Nasib tak apa-apa.

selamba
selamba

Ada yang berkata “Kenapa biarkan mereka disitu dan ganggu pemain lain jika tidak mahu main bola?”

Sebenarnya, kedua-dua budak perempuan itu merupakan antara pemain bola tapi biasalah budak kecil, perempuan pulak tu, mungkin permainan ini terlalu lasak bagi mereka dan mahukan berehat dengan cara tersendiri hahaha.

@nikkistarling1

Reply to @__s.ava.ge__ 💁🏼‍♀️ #soccer #girls #viral #kids #foryou #foryoupage #bringiton #kidsoftiktok #fypシ #team

♬ Plastic – Unghetto Mathieu

Tapi, video yang menunjukkan bukti mereka berdua sebenarnya pemain ketika itu turut mendapat pujian kerana hebat dalam permainan bola sepak walaupun seorang perempuan.

Ada yang kata “memang layak dapat rehat, pandai main bola rupanya!”

selamba
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!