Kasut Converse Pertama Di Dunia Dilelong 'Collector' Pada Harga RM40,800 );

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia

Kasut Converse Pertama Di Dunia Dilelong ‘Collector’ Pada Harga RM40,800

Share
converse

Sekiranya anda merupakan peminat tegar kasut jenama Converse, pastinya barang vintage ini tidak asing lagi buat anda dan lebih menarik, ianya akan dilelong pada sesiapa yang berminat.

Merupakan kasut Converse pertama yang dibuat di dunia, ianya dijual dengan harga RM 40,800 oleh seorang pemuda berasal dari Kelantan ini.

Memuat naik berita tersebut di laman sosial Facebook peribadinya, ianya nyata mencuri perhatian orang ramai apabila tiada siapa pun yang pernah menyangka bahawa kasut tersebut dimiliki oleh pemuda dari Malaysia.

converse

Menurut Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, kasut vintage tersebut kini hanya tinggal dua pasang sahaja di dunia di mana sepasang lagi difahamkan disimpan rapi oleh muzium Converse di negara Boston.

“Bagi sesetengah orang yang kurang faham atau kurang minat dalam perihal ini akan meremehkan dan mengkeji tentang hal ini.

“Mereka akan berkata kasut buruk tak boleh pakai pon nak jual lagi atau baik beli di butik dan sebagainya.

“Tetapi bagi pencinta ataupun pengkaji tentang sesebuah vintage sneakers, ini bukan sekadar kasut. Ianya adalah sejarah,” katanya.

converse

Kredit foto: Wan Irfayuinazain

Lebih menarik, kasut itu juga didatangi dengan sepasang seluar pendek berserta pelindung lutut bagi permainan bola keranjang dan seluar tersebut direka pada tahun 1916.

Akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara ketika ini, beliau terpaksa melepaskan barangan yang dianggap sangat bernilai ini demi meneruskan kelangsungan hidup.

Difahamkan, sesiapa sahaja yang membelinya, beliau akan menghadiahkan 3 lagi pasang kasut Converse dari tahun 1950,1960 dan 1970.

Wahh menarik ni, ibarat promosi beli satu percuma tiga!

converse

Kredit foto: Wan Irfayuinazain

Pengumpul barangan koleksi vintage di luar sana apa tunggu lagi? Bukan senang nak dapat barang bernilai macam ni tau!

Silap-silap anda sendiri pun belum lahir lagi, kasut tu dah wujud. Buat yang berminat, boleh la berkunjung ke laman sosial Facebook ini

 

Sumber: facebook

 

Baca: Netflix Bakal ‘Available’ Dalam Ultra Box Astro
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!