Wanita Ini Kecewa Duit Tabung Bernilai RM4,330 Habis Dimakan Anai-anai );

Type to search

Adamedia Isu Best

Wanita Ini Kecewa Duit Tabung Bernilai RM4,330 Habis Dimakan Anai-anai

Share
duit tabung

Sejak kebelakangan ini, acap kali kita mendengar mengenai duit tabung di rumah yang disimpan dalam masa yang lama menjadi rosak dan teruk.

Siapa yang tidak akan kecewa dan sedih, jika sudah bertahun-tahun menyimpan dan mengumpul duit tapi tiba-tiba duit tersebut rosak, dan akibatnya kiita harus tanggung kerugiaan yang banyak.

BACA JUGA: Wanita Ini Suka Cuci Baju Suami Sebab Jumpa Bnayak Duit, Raih Perhatiaan Warganet 

Itu yang terjadi pada seorang wanita yang berusia 49 tahun ini, dikenali sebagai Nurhaya, dia meluahkan kekecawaanya selepas wang simpanannya bernilai 15 juta rupiah (RM4,330) habis dimakan anai-anai.

Menurut Nurhaya, pada mulanya dia berniat mahu menggunakan duit tabung tersebut untuk membeli barang kelengkapan dan renovate rumah.

Menerusi laporan dari Berita Harian, wanita yang berasal dari daerah Iwoimendaa, Sulawesi itu memberitahu wang tersebut dikumpul beberapa tahun dan disimpan di bawah tilam biliknya.

“Apabila saya fikir sudah cukup untuk membeli keperluan itu, saya mengambil wang itu, namun kecewa kerana keadaannya tidak bagus berikutan sudah dimakan anai-anai,” katanya.

Bila ditanya mengata dia menyimpan duitnya di bawah tilam, Nurhaya memberitahu sebab dia menyimpan duit bawah tilam adalah untuk memudahkan dia mengambilnya apabila dia mahu menggunakannya.

Jiran yang mengetahui keadaan duit Nurhaya menasihatkannya supaya mencuba nasib pergi ke bank dengan membawa kesemua duit tabung yang rosak tersebut, mana tahu boleh digantikan.

Memang benar wang yang rosak boleh diganti oleh bank, namun ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan bergantung kepada tahap kerosakan wang tersebut.

Nurhaya membawa wang tersebut ke bank, namun dia hanya dapat memperoleh wang ganti rugi sebanyak 900,000 rupiah (RM259) sahaja daripada 15 juta rupiah (RM4,330).

Seeloknya, jika anda ada wang yang banyak, sebaiknya simpan di bank untuk lebih selamat.

Jika mahu menyimpan di rumah, pastikan tempat penyimpanan wang tersebut dalam keadaan elok dan tidak menyebabkan duit rosak. Selain itu, sentiasa periksa dari semasa ke semasa.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!