Kehebatan Teh Hijau Untuk Tubuh Badan - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Makan

Kehebatan Teh Hijau Untuk Tubuh Badan

Avatar
Share

Teh hijau merupakan sebuah minuman yang diambil dari daun teh hijau dan ia merupakan tumbuhan berkhasiat yang hidup di Negara China sehingga berkembang hampir ke seluruh negara Asia.

Kehebatan teh hijau memang tidak boleh diragui lagi kerana ia mempunyai antioksida dan nutrien yang baik.

Teh hijau amat sesuai untuk mereka yang ingin mencantikkan kulit wajah mereka. Banyak produk kecantikkan Korea dan Jepun menggunakan daun teh hijau sebagai bahan utama mereka.

Selain itu teh hijau juga amat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Sebab itu kita dapat lihat masyarakat Jepun terutamanya amat menggemari teh hijau kerana ia mampu memberi mereka tenaga.

Mari kita lihat kelebihan teh hijau untuk kulit kita.

1. Boleh mencantikkan kulit wajah

Menurut kajian dari Akademi Dermatologi America, menyatakan teh hijau yang masih panas mengandungi polyphenol oxidase di mana ia bertindak sebagai antioksidan untuk kulit wajah.

Bahan-bahan tersebut mampun menganjalkan kulit, memudarkan parut serta meningkatkan keanjalan kulit wajah.

Teh, Hangat, Piala, Panas, Minum

2. Mengatasi masalah jerawat

Teh hijau mampu memberikan kebaikan kepada kulit wajah kita. Ia dapat membersihkan masalah bakteria yang ada di wajah kita di mana bakteria tersebut penyebab utama masalah jerawat. teh hijau juga mampu mengurangkan penghasilan minyak di wajah kita.

Seterusnya mari kita lihat kebaikan teh hijau untuk tubuh badan.

Pepermin, Tanaman Obat, Obat Herbal

1. Baik untuk penghidap kencing manis

Teh hijau memang sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis. Ini kerana teh hijau mampu mengawal tahap gula atau glukosa dalam tubuh badan kita. Ia bertindak sebagai ejen utuk mencegah gula dalam badan kita meningkat.

2. Mengawal tahap kolestrol

Teh hijau mampu membantu mengurangkan kolestrol yang tidak baik di dalam badan kita. Teh hijau juga mampu memberi kita rasa kenyang. Oleh sebab itu jikalau kita ke restoran jepun, mereka akan menghidangkan kita air teh hijau kerana ia mampu memberikan kita kekenyangan daan sebagai pengawal kolestrol.

Ini antara kebaikan teh hijau untuk tubuh badan kita semua. Semoga kita mengamalkan teh hijau untuk menjaga kesihatan kita semua.

Sumber: TheRohani.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!