Wanita Ini Berkorban Teman Anak Belajar Kelas 'Online' dalam Hutan

Type to search

Adamedia Isu Best

Wanita Ini Berkorban Teman Anak Belajar Kelas ‘Online’ dalam Hutan

Share

Wanita ini bersama-sama dengan sekumpulan Orang Asli dari mengambil inisiatif menemani anak mereka mengikuti kelas online dalam hutan di Kampung Orang Asli Tamok.

“Saya mahu anak pandai dan tidak jadi seperti saya, kalau saya pegang sawit, saya mahu dia pegang pen dan bekerja di pejabat satu hari nanti,” kata Marina Jita, 36, ibu kepada pelajar Jasmizal Aflee Jaya, 13, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok di sini, ketika ditemui baru-baru ini.

Mereka terpaksa ke kawasan hutan terbabit kerana di situ mempunyai liputan internet.

“Kampung kami tiada liputan internet, jadi kami terpaksa bergerak ke sana bagi mendapatkan akses internet.

“Di situ kami mempunyai khemah dibina sejak Mac tahun lalu untuk kegunaan pelajar mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR),” katanya.

Seramai 20 pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dukung, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bekok, SMK Bekok dan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Kampus Segamat memulakan sesi pembelajaran 2021 di situ sejak bulan lalu.

Mereka sebelum ini akur sekolah dan institusi pengajian tinggi tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun pada masa sama tetap bersemangat menimba ilmu.

 

 

Menurutnya, dia mahu anaknya mengikuti pembelajaran sepenuhnya dan tidak tercicir.

“Saya selalu ingatkan anak saya supaya fokus pada pembelajaran.

“Ketika PKP, saya tidak mahu dia ketinggalan walaupun belajar secara PdPR. Paling penting anak saya kekal bersemangat demi mengubah masa depan kehidupan kami,” katanya.

Marina berkata, mereka mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun untuk meneruskan kaedah PdPR di kawasan hutan terbabit.

Katanya, bagi melancarkan PdPR, ada dalam kalangan pelajar berkongsi peranti pintar seperti telefon bimbit dan komputer riba untuk belajar.

“Penduduk Orang Asli mengeluarkan modal sendiri membeli peralatan seperti walkie-talkie untuk berhubung selain kanvas untuk dijadikan khemah sementara bagi berlindung daripada panas dan hujan,” katanya.

Menurutnya, seawal jam 6 pagi, pelajar terbabit sambil membawa peralatan pembelajaran termasuk buku akan berkumpul menaiki motosikal dan menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dengan ditemani ibu bapa menuju ke hutan terbabit bagi mengikuti kelas PdPR.

Katanya, lebih menambah semangat pelajar terbabit apabila mereka melihat ibu bapa menanti penuh sabar sambil membawa bekalan makanan sarapan pagi dan tengah hari untuk memastikan anak tidak kelaparan dan boleh fokus pada pembelajaran.

Pelajar UiTM Kampus Segamat, Zarina Ramli, 19, yang mengambil jurusan Diploma Perniagaan berharap keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19 segera pulih kerana tidak sabar untuk kembali belajar bersama rakan di kampus.

“Adakalanya saya ikuti sesi kelas online malam bermula dari jam 8 hingga 10 malam sambil ditemani ibu dan penduduk kampung demi menjaga keselamatan,” katanya.

[Sumber: Harian Metro]
Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!