Kenapa Ada Orang Takut Dengan Badut? - Verst Adamedia );

Type to search

Kenapa Ada Orang Takut Dengan Badut?

Adamedia Infotainmen

Kenapa Ada Orang Takut Dengan Badut?

Farhana Syahirah
Share

Kalau ada di antara korang yang tak takut dengan badut, korang akan ada perasaan itu lepas baca artikel ini.

Kebanyakan orang menganggap yang badut sebenarnya menyeramkan. Bukan sebab badut itu betul-betul menakutkan tetapi kerana wajahnya dilukis dengan bibir yang besar membuatkan orang meremang bulu roma.

Ketakutan pada badut sama tarafnya dengan ketakutan terhadap kematian, jarum ataupun bercakap di khalayak ramai. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya ketakutan dekat badut ini ialah fobia sebenar dengan gejala mental dan fizikal yang berpotensi untuk jadi mudarat.

Apa itu coulrophobia?

Coulrophobia adalah bahasa saintifik untuk fobia badut. Fobia ini juga dikenali sebagai ketakutan yang kuat yang mempengaruhi tingkah laku dan dalam beberapa kes, kehidupan seharian.

Bagi mereka yang takut dengan badut, acara tertentu yang boleh dianggap menyeronokkan bagi banyak orang seperti sarkas dan karnival, boleh mencetuskan kegelisahan.

Beberapa gejala yang popular mungkin adalah peningkatan degupan jantung, loya, gemetar, berpeluh, dan sukar bernafas. Ketahui lebih lanjut mengenai fobia lain yang mungkin korang tak tahu ada wujudnya

Apa yang menyebabkan terjadinya ketakutan terhadap badut?

Kerjaya sebagai badut mempunyai sejarah yang agak panjang dan pelik. Sesuatu yang menyerupai bentuknya sekarang bermula dari para pelawak istana pada abad pertengahan.

Tujuan utamanya adalah untuk menghiburkan raja atau permaisuri. Walau bagaimanapun, versi yang paling kuno dari tokoh-tokoh seperti badut boleh didapati dalam budaya Mesir kuno, Cina, Amerika Asli, dan Yunani.

Tahun 1800-an melihat konsep badut moden seperti yang kita tahu bentuknya, bukan bermain api guna mulut dan memperbaharui daya tariknya kepada kanak-kanak.

Pennywise dalam filem IT


Persepsi terhadap badut mula berubah ke arah jahat kerana budaya pop seperti Killer Clowns dari Outer Space (1988), It (novel, miniseri, dan filem 2017), dan Clown (2014) yang mempopularkannya.

Dan peristiwa kehidupan di realiti juga memainkan peranan besar dalam ketakutan yang nyata, bahkan melampaui histeria yang meluas mengenai badut pembunuh pada tahun 2016. Boleh lihat di artikel ini

Berapa banyak orang yang coulrophobic?

Model yang memakai kostum badut di jalan di Liverpool. Kredit gambar: Peter Byrne


Kajian dari University of Sheffield mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak berusia empat hingga 16 tahun, tidak menyukai badut.

Kajian lain yang dilakukan oleh Universiti Chapman mendedahkan bahawa kira-kira 7.8% orang dewasa juga sebenarnya takut kepada badut. Jadi jangan risau, tidak kira berapa pun umur korang, korang tak bersendirian dalam ketakutan korang.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!