5 Sebab Kenapa Barang Bundle Lebih Baik Dari Barang Original

Type to search

Adamedia Lifestyle

5 Sebab Kenapa Barang Bundle Lebih Baik Dari Barang Original

Share
bundle

Barangan terpakai kotor? Busuk dan tidak berkualiti? Barangan terpakai ni boleh dikira sebagai barang yang rare tau!

Lebih dikenali sebagai bundle ataupun barang secondhand, koleksi bundle sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri dan rata-rata mereka yang menyukainya sanggup ‘menyelam’ di kedai ataupun jualan secara online di media sosial.

Ya, memang betul bundle merupakan barang lama yang sudah di reject tetapi kebanyakannya masih berkualiti dan barang berjenama.

Maka tidak hairanlah jika ada sesetengah baju yang dijual pada harga yang tinggi walaupun ber status bundle.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa barang bundle lebih baik dan patut dijadikan pilihan.

 

Jenama Original

bundle

Rata-rata barang yang dijual adalah original dan berjenama. Antara jenama yang sering menghiasi pasaran bundle di Malaysia adalah Levi’s, Lee, Champion, Adidas dan Nike.

Untuk melihat keaslian pakaian tersebut, anda boleh

  • Lihat tag di bahagian leher dan sisi tepi baju dan sweater
  • Lihat tag di bahagian dalam untuk seluar termasuk jeans dan track pant
  • Lihat tag serta cop jenama di bahagian dalam kasut

Keaslian sesuatu barang itu boleh dikenal pasti melalui tag jenamanya yang disulam dengan jahitan jenama dan info baju berkenaan.

Sama sekali berbeza dengan baju yang palsu ataupun copy ori yang kebiasaanya hanya memaparkan saiz baju sahaja.

 

Barang ‘Rare’

bundle

Barang yang terdapat di pasaran bundle kebanyakannya sudah tidak dikeluarkan lagi di pasaraya dan itu menjadikannya sebagai barang yang sukar untuk ditemui.

Barangan seperti ini boleh juga dikatakan sebagai vintage item yang sangat-sangat dicari oleh orang ramai di luar sana.

Jangan terkejut kalau anda terjumpa t-shirt vintage yang dijual pada harga mencecah ribuan ringgit ye!

Tanpa diketahui, ada yang sanggup membida harga bagi mendapatkan barang berharga seperti itu.

 

Tahan Lama

bundle

Pernah tak anda terfikir macam mana barang yang telah bertahun lamanya masih dijual dalam keadaan yang elok tanpa sebarang kesan koyak?

Itu la tandanya barangan itu barang berkualiti!

Perasan tak di tag pakaian, ada baju yang dikeluarkan pada tahun awal 20an. Dan ada juga usia baju yang sedah mencecah usia lebih 2 dekad.

Itu belum lagi lihat pada seluar jeans. Tahun 70 dan 80an pun ada dan masih dalam kondisi terbaik.

 

Harga Berpatutan

bundle

Salah satu sebab mengapa ramai yang gemar membeli barang bundle adalah kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding di pasaran yang sedia ada.

Sebagai contoh, anda boleh dapatkan sehelai jeans dengan harga RM 100 sedangkan di butik jenama yang sama, ianya dijual pada harga tiga kali ganda lebih mahal.

Kenapa perlu membazir sedangkan boleh dapat yang lebih murah pada jenama yang sama?

 

Jenis & Material Kain Selesa

bundle

Baju sukan berjenama keluaran Adidas, Nike dan Puma sangat terkenal sejak zaman dahulu hingga ke hari ini.

Namun pernahkah anda membeli baju jenama yang sama pada gred copy ori dan yang palsu? Jika pernah, cuba bandingkan dengan yang jenama asli.

Anda akan dapat merasakan perbezaan yang ketara dari segi jenis kain yang diguna pakai kerana baju yang asli mempunyai pengaliran udara yang baik, pantas menyerap dan mengeringkan peluh anda.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa tidak semua barangan bundle berada di tahap yang terbaik.

Ianya bergantung pada rezeki dan nasib seseorang itu. Jika kena pada rezeki dan hari yang tepat, anda sememangnya beruntung jika menemui barang vintage berjenama dengan harga berpatutan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!