Kenapa Memori Sebelum Umur 4 Tahun Sangat Susah Nak Ingat? );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Kenapa Memori Sebelum Umur 4 Tahun Sangat Susah Nak Ingat?

Share

Korang ingat lagi tak memori zaman kanak-kanak? Mesti susah kan nak imbas balik kan, lagi-lagi kalau memori umur 4 tahun ke bawah.

Orang-orang tua selalu kata yang karakter kita dibentuk semasa kecil, tapi susah nak ingat melainkan ibu bapa kita ada rakam momen-momen tersebut.

Jangan risau! sebenarnya fenomena macam ini boleh berlaku hampir kepada semua orang dan sebenarnya ada istilah untuk perkara ini yang dinamakan sebagai amnesia kanak-kanak

Memang normal bila sudah dewasa dan kita lupa orang, peristiwa ataupun tempat yang pernah dilawati ketika kecil.

Lagipun, topik ini masih lagi menjadi perdebatan dan penyelidikan kenapa fenomena ini boleh berlaku. Jadi penulis akan kongsikan beberapa info yang relevan kenapa kita ada amnesia kanak-kanak ini.

Apa itu amnesia kanak-kanak dan bila boleh berlaku?

Amnesia zaman kanak-kanak ialah ketidakupayaan ketika dewasa untuk menarik balik butiran kenangan atau peristiwa penuh yang berlaku kepada mereka sebelum umur 4 tahun.

Sesetengah penyelidik pergi lebih jauh lagi dan mendapati kanak-kanak sebelum umur 7 tahun dapat ingat “60% atau lebih banyak peristiwa awal kehidupan mereka, ”sementara kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun hanya boleh mencapai 40% sahaja.

Ini kemungkinan untuk menyedari bahawa, ketika kita melalui pelbagai tahap perkembangan kanak-kanak, semakin sedikit yang kita ingat dari apa yang kita alaminya.

Kenangan kita berkait rapat dengan kemampuan kita untuk bercakap.

Salah satu teori kenapa kita tidak menyimpan ingatan semasa zaman kanak-kanak ialah kita tak dapat berkomunikasi secara lisan ketika itu.

Apabila kita mendapat memori, kita menggunakan kata-kata, dan kita dapat menerangkannya dengan banyak perincian yang memerlukan bahasa.

Sebilangan besar bayi tidak mula bercakap sebelum usia 2 tahun, jadi mungkin disebabkan itu mereka tidak dapat mencipta memori jangka panjang.

Perkembangan otak mainkan peranan.

Kajian lain menunjukkan bahawa ibu bapa juga berperanan dalam mengubah naratif zaman kanak-kanak kita.

Cuba korang fikir balik, kita lebih cenderung untuk simpan memori yang best kalau kita nak imbas balik memori, sebab itu kita ingat peristiwa yang dianggap penting oleh ibu bapa kita.

Kajian yang sama menunjukkan bahawa kanak-kanak mengingati peristiwa yang sama secara berbeza setelah membincangkannya dengan ayah, berbanding ibu.

Kanak-kanak mudah terpengaruh, jadi sangat penting untuk hanya simpan kenangan yang baik supaya tidak triggered trauma atau amnesia.

Tetapi, kalau ingin kanak-kanak jadi genius hingga dewasa, bermain permainan video dikatakan dapat cetuskan kebijaksanaan mereka menurut sains.

Semuanya berpunca dari apa yang meninggalkan kesan kekal pada kita.

Seorang ahli psikologi kanak-kanak mengatakan yang pada akhirnya, kanak-kanak menyimpan kenangan yang penuh dengan emosi, baik positif mahupun negatif.

Penemuan ini sebenarnya membolehkan kanak-kanak untuk berikan keterangan saksi kes di mahkamah. Jadi kemungkinan kalau korang dapat mengingat memori 4 tahun ke bawah, ia memang penting untuk korang dan cetuskan tindak balas emosi yang kuat.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!