Kenapa Kerajaan Palestin Tidak Selamatkan Rakyatnya Sendiri? );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Kenapa Kerajaan Palestin Tidak Selamatkan Rakyatnya Sendiri?

Share
palestin

Di sebalik serangan fizikal di Masjid Al-Aqsa, mesti korang semua terfikir apa niat sebenar pihak Zionis ini cuba lakukan terhadap rakyat Palestin di sana.

Setiap kali berlaku krisis di Palestin, ramai orang menjadi ‘penganalisis’ yang akan fokus kepada isu pencabulan hak Israel ke atas rakyat Palestin sahaja.

Mesti korang juga tertanya-tanya, kenapa kerajaan Palestin tak selamatkan rakyat dorang sendiri?

Penulis akan terangkan secara ringkas untuk pemahaman korang semua.

Ketika semua umat Islam yang lain masih lagi membiasakan diri dalam menikmati hari Raya Aidilfitri norma baru, pergolakan terjadi lagi antara Palestin-Israel.

Umum sudah tahu bahawa di Palestin, terdapat dua parti politik utama yang mentadbir mereka iaitu FATAH dan HAMAS.

Parti FATAH diketuai oleh Mahmoud Abbas yang membawa ideologi sekular manakala HAMAS pula berideologi Islam. Tapi isunya, bukanlah sebab jurang besar kedua-dua parti ini.

Perebutan dua parti ini bermula dari tahun 2007 dalam Palestinian Authority (PA) yang menyebabkan Palestin dibahagi kepada dua wilayah pentadbiran antara Gaza dan Tebing Barat.

Parti FATAH adalah kerajaan Palestin yang memerintah sekarang dan tidak pedulikan rakyatnya yang hanya inginkan pengiktirafan dorang sebagai kerajaan bersama United Government (UG).

Kenapa FATAH Masih lagi Memerintah?

mahmoud abbas
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Pilihanraya Palestin banyak kali ditangguhkan oleh Mahmoud Abbas dengan pelbagai alasan – sepatutnya dah buat pilihanraya dah bulan Februari atau March 2021 hari itu tapi FATAH tetiba umum penduduk Arab dan Jerusalem pun nak join election.

Disebabkan itulah, FATAH masih lagi memerintah hingga sekarang dan buat HAMAS start memboikot usaha mesyuarat dengan FATAH.

Untuk pengetahuan korang, parti HAMAS sebenarnya yang membela rakyat Palestin dengan berjuang habis-habisan dengan zionis ini yang lebih dikenali dengan nama Briged Izz Ad-Din Al-Qassam (Sayap ketenteraan Parti HAMAS)

Jadi, tersangatlah logik kalau HAMAS menang majoriti jika pilihanraya dibuat. Disebabkan perang saudara inilah, Israel ambil kesempatan ‘testing’ buat kacau di Masjid Al-Aqsa (bunuh Sheikh Ahmed Yassin) hingga mendapat perhatian umat Islam di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Sebab itu, bila Malaysia masuk campur dengan pantas dan kutuk sekeras-kerasnya Israel dalam media sosial, dorang terus koyak.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak

palestin
Seorang wanita lalu kat depan mural Sheikh Ahmed Yassin & Yasser Arafat di Gaza. Gambar haaretz.com.

Jadi, faham kan kenapa sumbangan-sumbangan dari Malaysia tak dapat salurkan terus kepada penduduk Gaza sejak dari dulu? Sebab FATAH yang menguasai Palestin dan juga menjadi duta dekat Malaysia ini.

Tapi, jika sumbangan yang diterima oleh NGO Malaysia direct terus ke HAMAS, ia akan terus disalurkan kepada rakyat Palestin sendiri terutamanya di kem pelarian.

Boleh lihat contoh selebriti tanah air iaitu Heliza Helmi beberapa tahun dulu yang jejak kaki sendiri ke kem pelarian untuk hulurkan bantuan secara terus.

Namun sebenarnya, Malaysia tiada pilihan lain untuk terima wakil Palestin dari parti FATAH kerana dorang masih lagi kerajaan Palestin.

Cumanya, kerajaan Malaysia harus berhati-hati apabila berurusan dalam hubungan antara wakil FATAH untuk sumbangan dan bantuan yang dihulurkan agar terus diterima oleh rakyat di Palestin.

**Artikel ini hanyalah ulasan peribadi dari penulis dan tidak mencerminkan portal Verst – The Versatile Online Media.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!