Keputusan Pemansuhan UPSR Kini Di Peringkat Akhir
Share

Kini pihak Kementerian Pendidikan berada dalam penilitian yang terakhir sebelum keputusan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya mengatakan bahawa UPSR tahun lepas bakal menjadi yang terakhir.
Keputusan ini diambil kerana memikirkan keadaan yang berlaku sekarang disamping ingin mengurangkan tekanan pada para pelajar dan pendidik.
Beliau juga menyatakan bahawa antara alternatif lain bagi menilai pencapaian para pelajar untuk kemasukkan ke sekolah khusus adalah dengan melaksanakan kaedah pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan ujian temuduga.
[Sumber: Utusan Online]