Kerajaan Tambahbaik Kadar Bantuan BSH Dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kerajaan Tambahbaik Kadar Bantuan BSH Dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Farhana Syahirah
Share

Terdahulu, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan telah diubah nama menjadi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan membuat penambahbaikan kadar bantuan mengikut kategori.

Menurut YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, yang dibentangkan dalam parlimen, hari ini, bagi kategori berpendapatan RM2,500 ke bawah, akan mendapat bantuan sebanyak rm1,200 untuk mereka yang mempunyai seorang anak, manakala RM1,800 bagi yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.

Bagi kategori yang berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000, bagi yang mepunyai satu orang anak akan mendapat bantuan RM800 manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan mendapat bantuan rm 1,200.

Beliau menambah lagi, bagi kategori pendapatan rm4,001 hingga RM5,000 pula, bantuan sebanyak RM500 bagi yang mempunyai 1 orang anak serta bantuan RM750 akan diberi kepada mereka yang ada 2 orang anak atau lebih.

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, akan menerima bantuan sebanyak RM350. Tambahnya lagi, had umur kelayakan individu yang bujang diturunkan 21 tahun berbanding syarat kelayakan sebelum ini iaitu 40 tahun.

Kerajaan memperuntukan BPR ini sebanyak RM6.5 bilion untuk dimanfaatkan kepada 8.1 juta penerima yang akan memohon.

[Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!