Kerajaan Meninjau Penggunaan Vaksin Covid-19 Di UK );

Type to search

Adamedia Isu Best Lifestyle

Kerajaan Meninjau Penggunaan Vaksin Covid-19 Di UK

Avatar
Share

Susulan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pfizer dalam pemberian vaksin Covid-19 pada tahun hadapan, Kementerian Kesihatan ingin memastikan keberkesanannya terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa mereka akan melihat dahulu tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin tersebut yang akan digunakan di United Kingdom (UK) terlebih dahulu.

Vaksin, Peta Dunia, Europe, Jarum Suntik

Tindakan tersebut demi mememastikan agar tiada masalah yang timbul sepanjang penggunaan vaksin tersebut.

Mereka akan meninjau pada tiga bulan pertama ia digunakan dan sekiranya keputusan memberangsangkan dan jika tiada isu mengenai kesan sampingan maka Dr Noor Hisham yakin untuk menggunakan vaksin tersebut.

Covid19, Corona, Virus, Pandemi, Vaksin, Medis

Apa-apa pun vaksin tersebut perlulah mendapat segala kelulusan dan didaftarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sesuai mengikut perjanjian.

[Sumber: Bernama]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!