Keranda Purba Mesir Dibuka Pertama Kali Dalam Sejarah Setelah 2,500 Tahun - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Keranda Purba Mesir Dibuka Pertama Kali Dalam Sejarah Setelah 2,500 Tahun

Avatar
Share

September lepas, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir mengumumkan penemuan luar biasa keranda berusia 2.500 tahun di Saqqara. 

Digali di perigi berhampiran Piramid Langkah Djoser, makam purba tersebut didapati terpelihara dengan baik dan masih mengekalkan sebahagian cat mereka. Pada waktu ini, ahli arkeologi telah mengambil langkah seterusnya dengan membuka salah satu makam tersebut.

Makam purba tersebut dikelilingi wartawan dan orang kenamaan, para arkeologi mendedahkan mumia yang terpelihara dengan sempurna di dalam salah satu dari 59 makam purba yang ditemui.

Mumianya dapat dilihat masih dibalut dengan linen pengebumiannya dan kain tersebut masih mengekalkan catnya. Berdasarkan analisis awal, para arkeologi percaya bahawa badan-badan tersebut adalah imam, pegawai pemerintah, dan anggota masyarakat terkemuka.


Selain makam, 28 patung Ptah-Soker juga ditemukan beserta satu patung Nefertum. Patung itu sebenarnya ditulis dengan nama pemiliknya, Imam Badi-Amun. Ptah-Soker adalah dewa gabungan yang terdapat dalam suasana penguburan.

Dewa itu terdiri dari Ptah, dewa pencipta yang merupakan dewa tempatan ibu kota kuno Memphis, dan Soker, dewa elang dari nekropolis Memphis. Nefertum adalah sahabat muda Ptah.

Tetapi makam dan patung bukanlah penamat dari ahli arkeologi temui. Menteri pelancongan dan barang antik Khaled al-Anani berjanji, “Hari ini bukan akhir penemuan; Saya menganggapnya sebagai permulaan penemuan besar. “

Mengenai makam purba, kesemua makam tersebut akan dibawa ke Muzium Besar Mesir yang akan dibuka di Giza. Dijadualkan dibuka pada tahun 2021, muzium ini akan menempatkan ribuan artifak, termasuk beberapa penemuan yang telah digali oleh ahli arkeologi dalam beberapa tahun sejak akhir-akhir ini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!