Kerap Ditipu? Kenal Pasti Ciri-Ciri ‘Scam’ Yang Sering Berlaku Di Bengkel Kereta );

Type to search

Adamedia Edutainment Lifestyle

Kerap Ditipu? Kenal Pasti Ciri-Ciri ‘Scam’ Yang Sering Berlaku Di Bengkel Kereta

Share

Pengalaman ditipu di bengkel kereta merupakan satu detik hitam yang tidak diingini oleh sesiapa pun di muka bumi ini kerana ianya boleh melibatkan kerugian wang ringgit yang besar.

Meskipun tidak semua mekanik yang bertindak sedemikian, namun boleh dikatakan hampir 5/10 pengguna kereta pernah berhadapan dengan situasi seperti ini di bengkel.

Maklumlah, bukan semua orang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam terhadap kerosakan kereta bahkan penulis sendiri kurang arif mengenai hal-hal seperti ini.

ditipu

Secara umumnya, jika sesebuah kereta itu mengalami kerosakan, pastinya bengkel kereta merupakan destinasi utama yang terlintas di fikiran anda kan?

Namun malang tidak berbaur, kepakaran yang dipinta daripada seorang mekanik sering dipergunakan oleh mereka dengan mengenakan cas berlebihan daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman oleh seorang pemilik bengkel kereta Auto Vector, beliau berpendapat bahawa terdapat beberapa jenis kerosakan pada kereta yang sering menjadi ‘lubuk’ wang ringgit buat seorang mekanik.

ditipu

“Pembaikan yang melibatkan alat ganti bahagian dalam sebagai contoh kenderaan yang menjalani kerja merombak rawat enjin ‘overhaul’.

“Ada juga alat ganti yang diguna semula kerana kebiasaannya pengguna memang tidak boleh mengesannya dengan mata kasar.

“Selain itu, kerja baik pulih yang biasa dilakukan namun ‘over charge’… Oleh itu pengguna perlu tahu serba sedikit mengenai harga yang sepatutnya dibayar,” katanya.

ditipu

Selain daripada itu, taktik penipuan yang dimainkan oleh seseorang mekanik juga boleh dikenal pasti melalui tindakannya yang gemar menggunakan orang ketiga sebagai perantara.

Sebagai contoh, urusan baik pulih sering diberikan pada rakan ataupun kenalan yang berada di tempat lain dan kebiasaannya pengguna akan diminta untuk meninggalkan kereta seharian untuk diperiksa dan dibaiki walhal, kerosakan yang dihadapi tidaklah seteruk yang disangka.

Sebaiknya, pengguna haruslah berurusan secara berhadapan dan berjumpa sendiri dengan pihak bengkel bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku dengan kehadiran orang tengah sebagai si pemutar belit.

Lagipun kalau berurusan dengan mekanik sendiri bukan ke lagi mudah untuk meminta diskaun?

ditipu

Mengulas lanjut mengenai harga ataupun kos baik pulih bagi sesebuah kereta, isu ini sememangnya menjadi topik hangat dalam kes penipuan yang sering terjadi kerana ada sesetengah pihak berpendapat bahawa harga yang terlampau murah juga boleh dianggap sebagai taktik ‘scammer’.

“Harga yang murah tidak semestinya ditafsir sebagai penipuan, tetapi sebagai pengguna anda kena bijak kerana mungkin ada sebab mengapa ianya dicas dengan harga murah.

“Mungkin sebab kualitinya yang rendah, stok lama ataupun pengurus bengkel ingin menghabiskan stok akhir maka ianya diberikan harga promosi.

“Sebagai contoh, sekiranya tayar kereta mempunyai tarikh pembuatan yang lama… maka harganya juga akan menurun dan rendah berbanding jenama tayar lain,” kata Encik Romi yang merupakan pengurus di Vector Auto.

ditipu

Masalah seperti ini sememangnya menjadi hal yang rumit terutamanya di saat genting ketika kita benar-benar terdesak memerlukan kenderaan untuk ke pejabat, rumah, kedai dan sebagainya.

Maka sebagai pengguna, kita perlulah sentiasa berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan di bengkel kereta kerana jika tersilap langkah, kemungkinan besar sejumlah wang yang banyak akan dilaburkan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Mengakhiri perbualan dengan Encik Romi menerusi WhatsApp, beliau sempat menyampaikan beberapa pesanan buat pengguna kereta di luar sana.

ditipu

“Bagi saya, zaman sekarang teknologi berada di hujung jari sahaja.. maka kes penipuan seperti ini sebenarnya amat mudah untuk dikesan.

“Sebagai pengguna, anda perlu bijak dan bersabar, jangan terlampau gopoh dalam membuat keputusan terutamanya jika anda melihat sesuatu barangan itu cantik dan murah, tidak semestinya ianya barangan asli.

“Nasihat saya sebagai seorang mekanik, sila berhubung dengan bengkel yang anda percayai dan kerap berurusan kerana keselamatan kereta dan wang ringgit anda juga akan lebih terjamin,” katanya.

Sekiranya anda masih belum menemui bengkel kereta yang boleh dipercayai, bolehlah berkunjung ke bengkel Vector Auto sekiranya kereta anda menghadapi masalah.

Untuk sebarang info ataupun maklumat lanjut menegenainya sila tekan sini atau hubungi di talian 012 288 8903.

 

Baca: Proton Saga Black Knight 1989 Raih Kemenangan Di Pertandingan Kereta Klasik UK

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!