Kerbau "Mowgli" Malaysia Mati - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kerbau “Mowgli” Malaysia Mati

Avatar
Share

“Budak Kerbau” atau Syukor nama yang sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Tetapi baru-baru ini,adik Syukor telah kehilangan lebih 30 ekor kerbau secara mengejut.

Kesemua kerbau tersebut telah mati di Kandang Pak Khamis, Kampung Banggol Katong Serada, Terengganu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, kesemua kerbau terbabit telah diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau lebih dikenali sebagai hawar berdarah.

“Pada mulanya saya ingatkan ternakan saya hanya mengalami keracunan atau penyakit biasa, tapi jadi semakin pelik sebab ia makin bertambah, termasuk 11 ekor pada hari ini sahaja”

“Kerbau kesayangan saya iaitu Samek dan Along setakat ini masih dalam keadaan baik dan sudah disuntik vaksin pencegahan,” kata Syukor.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali, pengesahan dibuat berdasarkan keadaan kerbau dan kadar kematian di tempat lain. Tambah beliau, kes mula dikesan di Kampung Tumang Jerong, Marang.

Harap adik Syukor sekeluarga dapat bersabar dengan ujian yang melanda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!