Kereta Banyak & Mula Kerja Dari Rumah, 7 Tips Jaga ‘Si Manja’ Anda Sepanjang PKPB - Verst );

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Editor

Kereta Banyak & Mula Kerja Dari Rumah, 7 Tips Jaga ‘Si Manja’ Anda Sepanjang PKPB

Avatar
Share

Tepat 12.01 pagi pada 14 Oktober ini, kerajaan akan memperketatkan kawasan PKPB merangkumi tiga negeri berjiran susulan peningkatan kluster tempatan kes Covid-19.

Situasi ini menyebabkan majikan sama ada sektor awam mahupun swasta mengambil inisiatif menggalakan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah masing-masing.

Kaedah sebegini dilihat mampu flatten the curve sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini sehinggakan penularan kes tempatan kembali satu digit.

Secara tidak langsung, ia juga cara terbaik mengurangkan kontak rapat di antara individu.

Ini norma baharu yang kita mesti amalkan dan sesuaikan demi membendung jangkitan wabak pandemik yang sudah memasuki gelombang ketiga.

Jika anda bukanlah tergolong dalam essential services yang perlu ke tempat kerja atau sektor ekonomi yang terlibat untuk beroperasi, disarankan untuk terus kekal berada dalam rumah.

Soal tidak boleh ke mana-mana satu perkara, bagaimana pula anda yang mempunyai kenderaan yang banyak dan terpaksa dibiarkan parking di rumah sahaja.

Mungkin sesekali akan digunakan untuk mencari keperluan barangan rumah. Selebihnya terpaksa dibiarkan ‘tidak bernyawa’ di porch sahaja.

Jangan ambil mudah perkara ini. Ingat! Nak membaiki kereta bukan pakai belanja yang sedikit ye.


Jadi, mari kita lindungi gear kereta serta kenderaan anda dengan lakukan tujuh tips mudah ini.

1 – Bila lama tak start, jangan terlalu kasar hidupkan enjin

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas lama dimatikan, pemilik kenderaan perlu ikuti beberapa langkah ringkas ini.

Pusing kunci dahulu (jangan hidupkan). Pastikan semua lampu panduan di meter menyala.

Gerakan gear setiap gigi bermula dari paling atas hingga ke paling bawah.

Kemudian dari paling bawah naik ke gear N dan hidupkan enjin. Pastikan brek tangan ditarik.

2 – Jangan parking pada satu spot sahaja

Tekanan pada tayar kereta akan meningkat jika menampung beban secara tetap tanpa sebarang pergerakan.

Jadi anda perlu gerakkan atau alih kenderaan ikut kesesuaian. Janji ada pergerakan dan tidak dibiarkan statik dalam tempoh yang lama.

3 – Kawasan parkir rata turunkan handbrake

Situasi ini bergantung kepada persekitaran rumah anda. Sekiranya landai, lepaskan brek tangan selepas parking dan letakkan pada gear P. 

Kenderaan yang tidak bergerak dan dibiarkan parking statik dalam tempoh lama boleh menyebabkan pad brek dan rotor melekat atau menyatu bersama.

Bebaskan seketika hand brake anda seperti membiarkan burung terbang di udara.

4 – Panaskan enjin secara berkala

Pakar automotif menyarankan pemilik kenderaan untuk menghidupkan kenderaan setiap tujuh hari bagi mengekalkan fungsinya.

Sekiranya enjin tidak memberi kuasa secukupnya pada bateri, kesannya adalah pada alternator yang menyebabkan fungsi pengecasan berada pada tahap rendah atau lemah.

Jadi, hidupkan enjin kereta 10-15 minit atau lebih baik pandu kenderaan untuk seketika sambil hirup udara di luar rumah.

Tidak perlu buka aircond kerana akan mengurangkan kuasa pengecasan pada bateri.

5 – Elakkan wiper melekat pada cermin

Cara terbaik untuk menjaga ketahanan wiper adalah dengan mengangkat wiper seperti yang tertera pada gambar di bawah.

Meletakkan kenderaan yang terdedah dibawah sinaran matahari pada tempoh yang lama boleh menyebabkan wiper menjadi keras dan gagal berfungsi menolak air dengan baik.

6 – Berfikir sebelum parking 

Sudah tentu kita akan parking kenderaan di sebalik pokok yang rendang atau kawasan redup. Bagi tempoh yang lama, elakkan letak kereta di bawah pokok yang menetes getah.

Jika cat kenderaan panas kena pula getah akan menyebabkannya lebih lembut dan mudah mengalami kerosakan pada permukaan bahagian kereta.

Begitu juga dengan najis burung, ia boleh merosakkan lapisan cat kereta. Seolah dituangkan cecair di permukaan kereta. Elak meletakkan kenderaan anda di port burung bertenggek atau berkumpul.

7 – Guna penutup kereta

Siapa cakap car cover hanya untuk kereta mewah sahaja. Tidak semestinya. Pertimbangkan untuk menggunakan penutup kereta.

Fungsi penutup dibuat khusus untuk ‘memanjakan’ cat, melindungi dari kotoran serta terdedah terlalu lama dibawah matahari, mengelakkan kesan habuk dari kereta anda sementara menunggu untuk basuh.

Usai tempoh PKPB ditamatkan, kenderaan anda akan lebih bersedia untuk berkhidmat semula kepada si pemiliknya untuk kembali ke pejabat mahupun memandu pergi road trip.

Semoga dengan tujuh panduan ini dapat membantu anda dalam menjaga ‘si manja’ sepanjang tempoh PKPB yang cukup suram dan mencabar.

It's not about destination, it all about the journey

Sekiranya anda terlepas, ini 4 langkah asas jika kereta anda rosak semasa memandu – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!