Kereta Lama Tak Bergerak? Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Anda 'Lenjan' Semula Kereta - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle

Kereta Lama Tak Bergerak? Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Anda ‘Lenjan’ Semula Kereta

Share

Dengan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 10 Jun yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia kini mempunyai ‘kebebasan’ untuk bergerak ke sana sini termasuk perjalanan merentas negeri.

Ketika musim PKP dan PKPB dikuatkuasakan, pastinya banyak kereta yang ‘tersadai’ di rumah dan ada juga yang tidak langsung dihidupkan. Perkara ini sebenarnya boleh membuatkan bahagian dalaman kereta anda rosak.

Jadi, sebelum anda menggunakan kereta anda yang sudah lama ‘tersadai’ itu, anda wajib periksa perkara-perkara asas di bawah supaya kereta berada dalam keadaan yang ‘tip top’.

LAMPU KERETA

Lampu adalah perkara yang amat penting terutama sekali jika anda memandu pada waktu malam. Pastikan lampu anda berfungsi dengan baik dan terang. Periksa juga lampu brek anda dan pastikan ia berfungsi dengan baik dan terang.

MINYAK ENJIN

Ini juga adalah perkara yang anda wajib periksa sebelum memulakan perjalanan. Buka bonet kereta anda, tarik ‘dipstick‘ minyak hitam dan perhatikan warna minyak hitam kereta anda. Jika minyak kurang dan warna sudah mula menghitam, tukar minyak enjin dan minta pekerja bengkel kereta untuk periksa sama ada terdapat kebocoran atau tidak. Jangan lupa untuk periksa juga minyak gearbox dengan cara yang sama.

AIR RADIATOR

Ini juga termasuk dalam komponen penting yang anda harus periksa jika tidak mahu wang anda ‘melayang’ di kemudian hari. Pastikan air radiator tidak kering dan sentiasa top-up air radiator anda. Jika radiator berkarat dan berbuih, pergi ke bengkel dan minta pekerja untuk servis radiator anda. Kereta yang tidak bergerak terlalu lama boleh menyebabkan radiator tersumbat dengan keladak dan berkarat.

TAYAR KERETA

Ini adalah perkara utama yang anda perlu periksa kerana tayar yang tidak elok akan meningkatkan risiko kemalangan. Periksa tekanan dan keadaan tayar anda sama ada ia masih elok atau sudah ‘botak’. Perhatikan juga sama ada terdapat rekahan di tayar anda kerana tayar yang merekah berisiko untuk meletup di tengah jalan.

BRAKE PAD

Cuba pijak brek anda dan dengar jika terdapat bunyi berdesing. Jika terdapat bunyi tersebut, ini petanda brake pad anda sudah haus atau nipis dan perlu ditukar.

BATERI & ALTENATOR

Jika kereta tidak dihidupkan terlalu lama, anda pasti akan mengalami masalah bateri. Jika kereta tidak dapat dihidupkan akibat ‘tersadai’ lama, anda boleh menghidupkannya dengan jumper atau bateri bateri baru. Periksa juga alternator anda. Caranya, cabut kepala bateri yang berwarna hitam (neuteral). Jika kereta anda mati, ini bermakna alternator anda sudah ‘kong’.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!