Kereta Anda Sering Rosak? Ketahui 5 Tabiat Yang Boleh Menjadi Punca Kerosakan );

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia

Kereta Anda Sering Rosak? Ketahui 5 Tabiat Yang Boleh Menjadi Punca Kerosakan

Share
rosak

Setiap pemandu kereta semestinya mempunyai gaya pemanduan dan penjagaan yang tersendiri dan ianya adalah satu tanggungjawab yang besar untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Namun begitu, setiap kereta memiliki kelainan dan kemampuan enjin yang berbeza-beza, maka tidak hairanlah jika seseorang individu itu memiliki tabiat tersendiri ketika memandu.

Ianya mungkin dianggap remeh namun tanpa disedari, kereta boleh mengalami masalah kerosakan yang serius jika ianya tidak dibendung.

Terdapat pelbagai jenis tabiat buruk yang sering dilakukan oleh pemandu kereta dan berikut merupakan antara yang sangat berisiko.

 

Tekan Brake Ketika Kereta Menuruni Bukit

rosak

Situasi ini sering terjadi pada ketika kenderaan sedang dalam poses menuruni bukit dan rata-rata pengguna akan menekan brake sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun tahukah anda bahawa ianya tersangatlah berbahaya kepada kereta kerana sistem brake anda akan ‘overheating’ dan menipiskan lagi brake pad serta disc.

Sebaiknya, masuk gear terlebih dahulu dan pandu lah dengan selamat tanpa sebarang elemen kejutan terhadap kereta anda.

 

Panaskan Enjin

rosak

Suatu masa dahulu, enjin kereta sememangnya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipandu.

Ianya bertujuan bagi menstabilkan pergerakan minyak dan udara kereta agar orang ramai boleh memandunya dengan lebih selamat.

rosak

Namun begitu, bagi kereta model baru, enjinnya tidak perlu lagi ‘dipanaskan’ kerana teknologi kini sudah semakin canggih.

Namun sekiranya cuaca sejuk, adalah digalakkan untuk memastikan enjin kereta dipanaskan untuk tempoh masa yang pendek iaitu dalam 1-2 minit sahaja. Jika dibiarkan terlampau lama, kereta anda berkemungkinan akan cepat overheat ataupun enjin kereta kekurangan air.

 

 Isi Minyak Hanya Bila Tangki Kosong

rosak

Tabiat suka memandu kereta sehingga ke titisan terakhir minyak petroleum adalah sesuatu yang sangat tidak baik namun, tabiat buruk ini dilihat masih lagi dilakukan oleh masyarakat ramai pada ketika ini.

“Daripada segi teknikal, apabila minyak dah hampir habis, pam minyak akan sedut sekali kekotoran yang ada pada dasar tangki.

“Jika diamalkan selalu, lama kelamaan akan menyebabkan salur minyak tersumbat dan memendekkan jangka hayat pam kereta,” kata Encik Romi yang merupakan pemilik pusat servis dan bengkel Vector Auto.

 

Mengabaikan Bunyi Pelik Pada Kereta

rosak

Kerosakan kereta juga boleh dikenal pasti melalui petanda awal seperti bunyi pelik pada kenderaan anda.

Sekiranya ini terjadi, periksa dengan kadar segera. Kebanyakan pemandu sering memandang ringan perkara kecil seperti ini namun perlu diingati bahawa ianya sangat berisiko kerana boleh mengakibatkan kereta anda terhenti di tengah jalan.

Pemilik kenderaan perlulah lebih peka untuk mengenal pasti di bahagian manakah datangnya bunyi berkenaan.

rosak

“Kepekaan pemilik adalah lebih baik daripada mekanik selalunya, jadi sebagai pemandu bolehlah salurkan maklumat yang tepat pada mekanik untuk melakukan pemeriksaan dengan lebih lanjut.

“Kerja-kerja trouble shooting akan berjalan lancar dan tempoh pembaikan juga boleh menjadi lebih singkat bergantung pada kerosakan,” katanya.

Segera periksa dan lihat sekiranya kereta anda mengeluarkan tanda meragam dengan bunyi pelik ataupun ganjil dengan kerap. Sebaiknya periksa dengan mekanik di bengkel untuk lebih selamat bagi mengelak daripada sebarang kerosakan yang serius.

 

‘Rehatkan’ Tangan Pada Gear

rosak

Ini juga sering menjadi tabiat dan kebiasaan untuk kita semua. Tidak dinafikan bahawa tangan kita sememangnya akan terasa lenguh ataupun letih akibat terlalu lama memegang stereng.

Gear tangan sering menjadi pilihan bagi pemandu kereta untuk berehat ataupun merenggangkan tangan namun tanpa disedari, ianya bukanlah sesuatu yang bagus untuk kereta anda.

Tahukah anda apabila kita kerap meletakkan tangan pada gear, ia akan menambahkan bebanan pada gear box?

Ini antara punca yang boleh menyebabkan gear tidak boleh ditukar atau sangkut ketika memandu. Sekiranya kotak gear mengalami kerosakan, sejumlah wang yang besar terpaksa dikeluarkan untuk mengganti yang baru.

rosak

Sebarang kerosakan ataupun servis kereta bolehlah dilakukan di pusat servis dan bengkel kereta Vector Auto. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif serta penyelenggaraan kereta, masalah kereta anda pasti boleh diselesaikan di sini.

Untuk sebarang tempahan ataupun info lanjut, boleh lihat di Facebook Vector Auto ataupun boleh telefon/whatsapp di talian 012-288 8903.

 

Baca Juga: Kerap Ditipu? Kenal Pasti Ciri-Ciri ‘Scam’ Yang Sering Berlaku Di Bengkel Kereta

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!