Kerugian Kos Operasi Zoo Taiping Berjaya Ditampung );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kerugian Kos Operasi Zoo Taiping Berjaya Ditampung

Avatar
Share

Baru-baru ini Zoo Taiping dan Night Safari mengalami kerugian yang agak banyak disebabkan peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perak November lalu.

Namun menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir mengatakan bahawa kerugian tersebut berjaya ditampung menerusi sumber pendapatan lain yang diperolehi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi sumber bekalan makanan haiwan di sana juga ditampung oleh Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar yang berjumlah RM150,000 sebulan.

Dana tersebut merupakan daripada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan ianya sudah disalurkan bermula empat bulan lepas.

Pihak Zoo Taiping juga mengalukan sebarang bantuan dan sumbangan khusus terutama dari segi bekalan makanan untuk kelangsungan hidup haiwan di sana.

Walaupun mereka mengalami sedikit kerugian tidak bermakna mereka mencatu makanan haiwan di sana.

Pengunjung sedang beri makanan pada Badak Air


[Sumber: Harian Metro]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!