Kes Bunuh Diri Meningkat 20%, 1,099 Orang Bunuh Diri Sejak Tahun Lepas );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kes Bunuh Diri Meningkat 20%, 1,099 Orang Bunuh Diri Sejak Tahun Lepas

Share
kes bunuh diri

Malaysia merekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mengikut pecahan, kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes manakala 631 kes bagi tahun 2020.

“Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.

“Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Abd Jalil berkata, kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu 872 orang manakala usia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.

Tambah beliau, berdasarkan jumlah itu, 281 orang daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya 1,427 orang adalah wanita.

“Negeri Johor mencatatkan kes bunuh diri yang tertinggi pada tahun 2019 dan tahun 2020 sebanyak 101 kes manakala pada tahun 2021 (Januari hingga Mei 2021) pula, negeri Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes,” ujarnya.

Di samping itu, siasatan polis turut mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri iaitu masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

“Cara atau kaedah membunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik polis adalah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun 5.7 peratus,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Polis menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.

[Kredit: Sinar Harian]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!