Covid-19: Satu Kes Strain Virus UK B117 Ditemui Di Singapura );

Type to search

Adamedia Isu Best Lifestyle

Covid-19: Satu Kes Strain Virus UK B117 Ditemui Di Singapura

Avatar
Share

Negara Singapura telah mencatatkan satu kes strain virus UK B117 semalam dan ia dari seorang perempuan berumur 17 tahun.

Perempuan tersebut datang dari negara United Kingdom (UK) di mana negara tersebut kini masih dalam penelitian mengenai varian baharu virus Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), mereka menyatakan bahawa strain B117 itu merupakan varian virus Covid-19 yang bahaya dan ia mudah berjangkit.

Tabung, Covid-19, Masker, Topeng, Medis

Makmal Kesihatan Awam Nasional ketika ini masih dalam kajian dan sedang melakukan turutan genom virus bagi kes Covid-19 ini.

Sebanyak 31 kes import dari Eropah yang turun ke Singapura berjaya dikesan dan 12 daripada mereka tidak dijangkiti strain B117, namun seorang lagi berjaya didapati berjangkit.

18 daripada kes tersebut masih di dalam penelitian dan ujian saringan demi memastikan virus bahaya tersebut tidak menular dan berjangkit.

Kementerian Singapura berkata bahawa sehingga kini masih lagi tiada bukti bahawa strain B117 tersebut menular di kalangan masyarakat Singapura.

Singapura telah mengumumkan bahawa semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke UK sepanjang tempoh 14 hari tidak dibenarkan masuk ke republik tersebut.

Tindakan ini bagi mencegah penularan wabak bahaya ke tanah Singapura dan ingin menjaga keselamatan para penduduk.

Manakala bagi 31 kes tersebut telah diberikan Notis Duduk Di Rumah selama 14 hari dan mereka tidak dibenarkan kontak rapat dengan sesiapa.

[Sumber: BERNAMA]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!