Kesan Bahaya Bahan Merkuri Untuk Kulit Wajah Kita Verst Adamedia );

Type to search

Kesan Bahaya Bahan Merkuri Untuk Kulit Wajah Kita

Adamedia Isu Best Lifestyle

Kesan Bahaya Bahan Merkuri Untuk Kulit Wajah Kita

Share

Baru-baru ini tular di media sosial terutama tiktok mengenai orang-orang yang mempromosikan produk skincare mereka yang diyakini mempunyai mercury dan bahan terlarang.

Apa yang lebih menakutkan apabila produk tersebut mempunyai proses “peeling” di mana proses tersebut adalah untuk membuang segala sel kulit mati dan kotoran di wajah sehingga memberi anda wajah yang berkilat dan bersinar.

Menurut pegawai perubatan, Dr Che hafiz, kulit yang cantik dan sihat ialah kulit yang licin, tegang dan kemerahan seakan kulit bayi. Ia juga bebas dari sebarang jerawat.

Sleeping Baby's Face

Tetapi kulit yang berkilat dan bersinar adalah kerana produk yang mereka pakai itu mengandungi dua bahan yang berbahaya iaitu Hidrokuinon dan Tretinoin.

1. Hidrokuinon

Hidrokuinon merupakan sebuah bahan yang sering digunakan dalam krim pemutih dan ia termasuk sebagai ubat yang agak keras dan dibawah kawalan doktor. Ia bertindak sebagai pencerah kulit dalam komestik atau skincare.

Hidrokuinon hanya dibenarkan untuk sediaan kuku palsu sahaja kerana ia bertindak sebagai penstabil dalam produk tersebut dan hanya sebanyak 0.02% sahaja digunakan.

Kesan menggunakan tanpa kawalan doktor adalah kulit kita kan menjadi lebih sensitif, menghalang proses pigmentasi dan juga mendedahkan kita kepada kanser kulit.

Close View of Womans Face

2. Tretinoin

Tretinoin pula bertindak sebagai ubat mengatasi masalah jerawat. Ia juga merupakan bahan yang dikawal oleh doktor dan pakar kesihatan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika penggunaanya tidak dikawal.

Kesan penggunaanya tanpa kawalan ialah boleh menyebabkan kemerahan pada kulit wajah, kulit terasa pedih, kering dan mengelupas. Ia juga amat berbahaya digunakan untuk ibu yang mengandung kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada janin mereka.

Amat sedih dan menakutkan kerana masih ramai mereka yang ingin cantik dengan cepat tetapi mengendahkan keselamatan kulit dan diri sendiri. Banyakkan membaca dan cari lebih ilmu mengenai jenis kulit kita dan cara untuk sihatkan dari dalam.

Sumber: EZ Diet, Hello SIhat

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!