"Kewujudan J-KOM Sekadar Propaganda Kerajaan" - Netizen );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Kewujudan J-KOM Sekadar Propaganda Kerajaan” – Netizen

Avatar
Share

Kerajaan telah bersetuju untuk penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) yang akan bertindak dalam pelbagai fungsi dan tugasan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah Said menyatakan bahawa J-KOM akan menjalinkan komunikasi dua-hala antara rakyat dan kerajaan.

Ia sebagai satu platform untuk kerajaan mengkaji dan menerima sebarang aduan serta cadangan dari rakyat.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut amat ditentang hebat oleh rakyat malaysia dan para pembangkang.

Rata-rata menyatakan bahawa tindakan mereka sekadar propaganda untuk meluluskan bajet JASA yang dibentangkan tempoh hari.

Rakyat Malaysia mempersoalkan apa tugas KKMM seandainya J-KOM wujud dan mengambil alih tugas mereka.

Namun, Datuk Saifuddin menjamin bahawa perkara ini bukanlah sebuah propaganda melainkan ingin membantu rakyat di negara ini terutama di musim Covid-19.

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah bagi jabatan ini akan dipilih berdasarkan permohonan dan temuduga yang akan dijalankan.

Ahli politik tidak akan terlibat sama sekali dan hanya mereka yang dari latar belakang bidang tersebut sahaja yang layak.

Sumber: Bernama

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!