Kim Jong-un Hukum Bunuh Terhadap Rakyatnya Yang Meminati Muzik K-Pop );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kim Jong-un Hukum Bunuh Terhadap Rakyatnya Yang Meminati Muzik K-Pop

Share
kim

Muzik K-pop semakin diminati seluruh dunia dan rata-rata pengikutnya pasti akan meniru gaya dan fesyen yang dibawakan artis kumpulan k-pop kegemaran.

Namun malang buat peminat muzik K-pop di Korea Utara kerana undang-undang di negara itu melarang rakyatnya mendengar atau mengikuti sebarang perkembangan muzik berkenaan.

Pemerintahnya Kim Jong-un baru-baru ini mengeluarkan perintah hukuman yang lebih berat terhadap rakyatnya yang melanggan muzik K-pop.

hukuman

Beliau menyifatkan kumpulan K-pop sebagai ‘kanser’ yang semakin merebak dan mengganas dalam kalangan masyarakat.

Disember lalu, beliau telah memperkenalkan undang-undang yang akan dikenakan kepada individu yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan.

Terbaharu, beliau sekali lagi menunjukkan sifat bencinya terhadap muzik K-pop apabila menaikkan hukuman penjara yang sebelum ini hanya selama 5 tahun kepada 15 tahun buat pesalah yang melanggar peraturan tersebut.

Sesiapa yang menyeludup masuk bahan hiburan seperti muzik, rancangan televisyen atau filem daripada negara seberang itu pula akan dikenakan hukuman mati.

hukuman

Selain itu, Jong-un juga dikatakan bimbang kuasanya dan pengaruhnya digulingkan, maka beliau mengarahkan mereka yang mengenakan pakaian pelik akan dihantar ke kem buruh paksa.

Pendek kata, apa sahaja yang berkaitan dengan muzik K-pop adalah haram di bumi Korea Utara.

Kesian geng-geng ‘BTS Army di sana.. tak dapat nak dengar lagu artis kumpulan K-pop kegemaran mereka.

 

Baca: Gadis Amerika Cipta Aplikasi & Panduan Khas Buat ‘Hantu’ Durian

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!