Kita Mempunyai Tanda-tanda Awal Berjaya Mengawal Covid-19 Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Kita Mempunyai Tanda-tanda Awal Berjaya Mengawal Covid-19

Share
Malaysia

Tanda-tanda awal kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 boleh didapati berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama menunjukkan bahawa terdapat sedikit garisan mendatar di dalam graf kes telah memberi bayangan tanda-tanda awal langkah ini Berjaya dilaksanakan.

”Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam PKP boleh dilihat pada garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak tetapi ia mempunyai garisan sedikit mendatar.

“Bukti di dalam graf  ini menunjukkan kita mempunyai kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita dalam tindakan kita untuk melaksanakan PKP.

“Oleh itu, di dalam fasa kedua PKP yang akan berlanjutan sehingga 14 April, Kementerian akan meningkatkan usaha untuk mengawal penularan Covid-19 terutamanya di kawasan zon merah.

”Jadi kita harap fasa kedua dapat mempertingkatkan strategi dan melaksanakan aktiviti kita terutamanya di hotspot-hostpot yang telah dikenal pasti,” katanya.

Pada masa yang sama, Datuk Dr Noor Hisham juga menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mematuhi PKP dengan kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan virus ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!