Komik Lawak Kampus Akhirnya Mendapat Siri Animasi Mereka Yang Tersendiri );

Type to search

Komik Lawak Kampus Akhirnya Mendapat Siri Animasi Mereka Yang Tersendiri

Adamedia Infotainmen

Komik Lawak Kampus Akhirnya Mendapat Siri Animasi Mereka Yang Tersendiri

Avatar
Share

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan komik Lawak Kampus hasil karya Keith yang berjaya menghiburkan hati para pembaca sejak tahun 20-an lagi.

Akhirnya penantian yang ditunggu oleh semua peminat, komik ini bakal mendapatkan siri animasi mereka yang tersendiri di mana studio yang bertanggungjawab menjalankan projek ini ialah studio Lil Critter Workshop.

Mereka juga telah meminta dan mendapatkan hak penerbitan komik ini dari Kadokawa Gempak Starz (GEMPAK STARZ) untuk jadikan komik tersebut sebagai satu siri animasi.

Apa yang menariknya, animasi ini bakal memfokuskan kepada kanak-kanak serta keluarga mereka untuk menonton animasi yang penuh komedi ini.

Ia juga menyasarkan penonton dari segenap Asia Pasifik di mana animasi ini akan bersiaran selama 10 minit.

Perkara ini juga telah tular di laman twitter #zhafvlog di mana peminat semua tidak sabar untuk menyaksikan dan mendengar suara dari watak-watak kegemaran mereka itu.

Watak-watak yang kita semua kenal seperti Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Cikgu Noodle, Ami, Yumi serta ramai lagi merupakan watak yang sinonim dengan kehidupan kita semua.

Facebook Lawak Kampus

Apa-apa kita tunggu sahaja keterangan lebih lanjut dari pihak studio Lil Critter Workshop mengenai animasi Komik Lawak Kampus.

[Sumber: Lil Critter Workshop]

Baca juga: Jangan terkejut! McDonald’s China keluarkan menu sundae berperisa minyak cili

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!