Penduduk Korea Utara Diarah Bunuh Kucing Dan Merpati Demi Cegah COVID-19 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Penduduk Korea Utara Diarah Bunuh Kucing Dan Merpati Demi Cegah COVID-19

Share

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memerintahkan rakyatnya untuk membunuh kucing dan burung merpati terutama di kawasan sempadan kerana dipercayai membawa wabak COVID-19.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Korea Utara telah menjalankan perintah berkenaan di daerah Hyesan, Provinsi Yanggang, Sinuiju dan beberapa lagi kawasan lain di sempadan negara.

Orang ramai dilihat mula menembak burung yang berterbangan dan membunuh haiwan kucing liar walaupun memiliki pemilik.

utara

Difahamkan, kebanyakan penduduk di sana membuat kenyataan palsu mengatakan kucing peliharaan mereka telah pun mati sebaik sahaja polis memeriksa rumah.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Korea Utara telah menangkap dan menghukum sebuah keluarga di Hyesan kerana masih memelihara kucing di rumahnya.

Keluarga berkenaan telah diberikan tempoh 20 hari pengasingan kerana membesarkan kucing secara haram meskipun pemerintah melarang perbuatan tersebut di wilayah sempadan China-Korea.

Hasil laporan menyatakan, mereka telah berbohong kepada pihak berkuasa dengan mengatakan bahawa kucing peliharaannya telahpun mati. Namun pada 22 Mei, kucing mereka dilihat berkeliaran di sekitar pagar rantai.

utara

Keluarga berkenaan dihukum penjara selama 20 hari dan telah dibawa ke sebuah kawasan perumahan kerana mereka tidak dibenarkan tinggal di rumah mereka sendiri.

Rata-rata penduduk di sana tidak berpuas hati dengan peraturan baharu yang pelik ini namun, ianya merupakan satu kewajipan yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat di sana.

 

Sumber: tribunnews

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!