Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2021 Kembali Lagi );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2021 Kini Kembali Lagi

Share
kuala lumpur

Penggemar dan peminat buku di luar sana pasti sudah lama rindukan bau-bauan buku dan bahan bacaan kegemaran anda kan? Jika anda merupakan salah satu daripadanya, ada berita baik buat anda!

Penantian anda kini bakal berakhir kerana pesta buku ataupun lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2021 akan berlangsung tidak lama lagi.

Bertempat di Selera Street Sunway Putra, dari 9 April sehingga 11 April ini, atas permintaan ramai pesta buku tersebut bakal dilangsungkan semula setelah hampir setahun terhenti akibat Covid 19.

Bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, para pengunjung diseru untuk hadir beramai-ramai bagi merancakkan kembali industri buku dan penulisan negara.

Pesta buku ini bakal disertai oleh syarikat terbitan buku terkenal negara seperti Patriots Publishing, Fixi, Iman Publication, Legasi Oakheart dan banyak lagi.

Berikut merupakan tentatif aturcara bagi Kuala Lumpur Alternative BookFest 2021

kuala lumpur

Dalam pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng pelitup muka dan mengikut SOP yang tersedia ada bagi mengelakkan sebarang jangkitan Covid.

Apa lagi tunggu? dah boleh la rancang dengan keluarga, kawan-kawan dan pasangan anda, sesekali baca buku pon menarik jugak kan?

 

Sumber: thepatriots.store

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!