Lee Kwang Soo Umum Keluar ‘Running Man’ Selepas 11 Tahun );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Lee Kwang Soo Umum Keluar ‘Running Man’ Selepas 11 Tahun

Share
running man

Peminat rancangan siri komedi korea selatan ‘Running Man’ pasti berasa sedih kerana salah seorang ahlinya, Lee Kwang Soo mengumumkan persaraannya dari rancangan berkenaan.

Berita pengunduran diri Lee Kwang Soo atau lebih dikenali sebagai ‘Prince of Asia’ itu disampaikan oleh agensinya King Kong oleh StarShip melalui laman twitternya.

running man

Seperti yang disampaikan agensi berkenaan, “Kwang Soo telah menjalani rawatan pemulihan dengan stabil dari kecederaan yang dia terima dari kemalangan tahun lalu.

Namun dia masih mengalami kesulitan ketika pengambaran sehingga terpaksa membiarkan Kwang Soo berehat untuk mengurus tubuh dan fikirannya.”

Syarikat media penyiaran Running Man, SBS juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan pengunduran Kwang Soo demi atas faktor kesihatannya sekarang.

running man

“Sayangnya kami berhadapan dengan ucapan selamat tingal yang indah, tetapi kami meminta penonton menunjukkan sokongan dan dorongan yang kuat buat Lee Kwang Soo dan para anggota lain yang membuat keputusan sukar,” kata SBS.

Sejak 2010, Lee Kwang Soo merupakan ahli asal yang masih bertahan sehingga ke hari ini dan terkenal dengan jolokan nama ‘zirafah’ kerana ketinggiannya yang melampau.

Jadual pengambaran terakhirnya dijadualkan pada 24 Mei tahun ini dan selepas itu Running Man akan terus bersiaran bersama tujuh lagi anggota lain Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min dan Yang Se-chan.

Dah takda lagi la mangsa buli dan kaki belot dalam Running Man lepas ni kan?

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!