Laluan Utama Persada Johor Ditutup Mulai 7 Jun - 27 Julai

Type to search

Adamedia Infotainmen

Laluan Utama Ke Persada Johor Ditutup Mulai 7 Jun, Drop-Off Penumpang Uzur Untuk Vaksin Sahaja Dibenarkan

Share
persada

Warga emas yang telah berjaya mendaftar pada fasa kedua pasti sedang menyiapkan diri untuk hadir ke janji temu yang telah dijadualkan di pusat vaksin masing-masing.

Perlu diingatkan, anda harus sentiasa peka dengan maklumat terkini berkenaan proses vaksin anda supaya tiada berlaku kekeliruan pada hari kejadian.

Drop-off penumpang bagi urusan vaksin di Persada

Bagi penerima suntikan vaksin di Johor, laluan utama ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada akan ditutup sepanjang 7 Jun sehingga 27 Julai.

Hal ini bertujuan bagi mengelakkan sesakan lalu lintas sepanjang proses vaksinasi di pusat tersebut.

persada
Sumber: Facebook/ZainalAlias

“Macam mana kami yang mahu pergi ke Persada atas urusan vaksin?”

Jangan risau, laluan masih dibuka tetapi hanya bagi kenderaan yang mahu menurunkan penumpang yang akan menerima suntikan vaksin di sana sahaja.

Memandangkan cuaca tidak menentu sekarang, khemah akan dipasangkan bagi memudahkan kenderaan drop-off.

Sumber: Facebook/ZainalAlias

Anda sama sekali dilarang untuk meninggalkan kenderaan di tepi jalan sekitar pusat tersebut.

Walau bagaimanapun, Persada masih menyediakan parking space namun tidak mencukupi jadi untuk anda yang sihat tubuh badan digalakkan untuk meletakkan kenderaan di Komtar JBCC, Kotaraya atau City Square. 

Hal ini kerana, pusat vaksin di Persada Johor bakal menerima pengunjung sebanyak 3000 orang sehari, dan jika dianggarkan kira-kira 500 orang yang hadir dalam 1 jam.

Selain itu, kepada sesiapa yang tidak berkenaan sepanjang tarikh program vaksinasi berlangsung tetapi mempunyai urusan di sekitar Persada seperti di KWSP, jangan khuatir laluan dari Kotaraya akan terus dilencongkan ke KWSP.

persada
Sumber: Facebook/ZainalAlias

Jika dilihat, idea drop-off ini sangat memudahkan urusan lalu lintas dan proses vaksinasi, lebih-lebih lagi khusus buat warga emas. Dengan adanya khemah yang disediakan oleh pihak Persada, secara tidak langsung pengunjung yang uzur terlindung dari hujan dan panas.

Tak pelik lah lepas ni akan ada vaksin ‘drive-thru’ juga demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!