[VIDEO] Gara-Gara Lapar, Pemandu Ini Pitam Sebelum Langgar Kenderaan MPV & Kedai Berhampiran );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Gara-Gara Lapar, Pemandu Ini Pitam Sebelum Langgar Kenderaan MPV & Kedai Berhampiran

Share
pitam

Tular di media sosial video kemalangan melibatkan sebuah kereta yang hilang kawalan, kemudiannya melanggar kereta dan premis kedai berhampiran.

Difahamkan, lelaki berkenaan gagal mengawal kenderaannya selepas pitam ketika memandu dan melanggar kenderaan lain serta premis perniagaan di Taman Jenaris.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 petang semalam ketika lelaki 39 tahun itu memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Prima Saujana menghala Kajang.

 

“Siasatan awal mendapati pemandu itu pitam kerana tidak makan dan menyebabkan kenderaan dipandunya memasuki laluan bertentangan.

“Sebaik dia sedar, lelaki itu panik dan telah melanggar pula kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandu wanita 37 tahun dan sebuah kedai.

“Kedua-dua pemandu bagaimanapun tidak cedera,” katanya.

pitam

Hasil Ujian saringan yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan tidak berada di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah.

Boleh disimpulkan di sini adalah, kes kelaparan menjadi punca utama pada kemalangan ini kerana suspek dikatakan tidak makan dan pitam secara tiba-tiba.

Peringatan buat kita semua, pastikan perut diisi terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Kerana lapar, nyawa terancam. Bahaya kan?

 

[Sumber: hmetro]

 

Baca Juga: [Anak Sanggup Bakar Pusara Ayah Kerana Tidak Adil Dalam Pembahagian Harta]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!