);

Type to search

Adamedia Infotainmen

#LeftorRightBrainTest membanjiri laman media sosial Twitter & Facebook

Share

Siapa sahaja tidak teruja untuk mengetahui sama ada mereka dominan otak kiri atau otak kanan.

Otak bertanggungjawab terhadap koordinasi dan pergerakan seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cairan dalam badan serta suhu tubuh badan.

Malah otak juga memainkan peranan untuk memproses emosi, ingatan, serta pembelajaran.

Mereka yang dominan otak kanan cenderung kearah sesuatu yang kreatif dan kesenian, individu cenderung mengekspresikan emosi, berimaginasi tinggi, instinct, sukakan muzik dan lain-lain aktiviti seni.

Individu dominan otak kiri pula lebih cenderung kearah sesuatu yang bersandarkan logik dan mampu mengerjakan sesuatu bidang berkaitan Bahasa, logik, berfikiran kritis, matematik dan analisis.

Baru-baru ini netizen berkongsikan di laman media sosial seperti Twitter dan Facebook satu pautan yang menyediakan ujian ringkas untuk menguji otak dominan.

Ada diantara mereka yang mengambil ujian tersebut atas dasar suka-suka untuk menguji otak dominan mereka memandangkan ujian ringkas tersebut adalah percuma.

Ujian tersebut merangkumi 31 soalan yang perlu dijawab oleh individu dan soalannya mudah tidak memerlukan masa untuk memikir serta menjawabnya.

Selain itu, pautan tersebut juga menyediakan beberapa ujian lain seperti ujian IQ (intelligence quotient), ujian EQ (emotional quotient), ujian Mental Age serta English Vocabulary Size Test.

Sementara bosan dirumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh cuba menjawab ujian ringkas di pautan ini dan kongsikan bersama rakan-rakan lain di laman media sosial anda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!