LEGO Memperkenalkan Prototaip Blok Mainan Baharu Yang Diperbuat Dari Bahan Kitar Semula );

Type to search

Adamedia Infotainmen

LEGO Memperkenalkan Prototaip Blok Mainan Pertama Yang Diperbuat Dari Bahan Kitar Semula

Share
prototaip

Lego adalah salah satu mainan kanak-kanak yang paling popular dan dikenali di seluruh dunia. Pernahkah anda terfikir bagaimana blok mainan itu dicipta, atau bahan apa yang digunakan untuk membuat LEGO?

Sejak awal kewujudan LEGO lagi ia memang diperbuat dari bahan plastik.

Tetapi, baru-baru ini pengeluar alat permainan dari Denmark, LEGO menjadi lebih mesra alam apabila telah melancarkan prototaip bagi kepingan blok mainan yang diperbuat dari plastik kitar semula. 

Sebenarnya, usaha tersebut telah ‘membuka jalan’ untuk jenama itu mencapai matlamatnya menjelang 2030 nanti, iaitu dengan mencipta semua produk LEGO berasaskan dari bahan kitar semula.

Plastik PET (polyethylene terephthalate)

prototaipPrototaip bagi blok mainan itu menggunakan botol plastik PET (polyethylene terephthalate) kitar semula yang bersumberkan dari Amerika Syarikat.

LEGO mengatakan, pembekal ini menggunakan proses yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan & Dadah AS (FDA) dan Penguasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) bagi memastikan blok mainan jenama LEGO berkualiti tinggi.

Oleh itu, ia telah membuktikan prototaip ini merupakan toy bricks pertama yang memenuhi ‘syarat kualiti dan keselamatan yang ketat’ syarikat LEGO.

Secara purata, botol plastik bersaiz satu liter boleh menghasilkan 10 kepingan bersamaan 2×4 baris LEGO.

prototaip

Projek eksperimen 3 tahun

Prototaip ini merupakan sebuah projek eksperimen selama 3 tahun yang dilakukan oleh LEGO sebelum membuat keputusan sama ada untuk meletakannya dalam pasaran.

Timbalan Presiden Kumpulan LEGO, Tim Brooks berkata, eksperimen dan kegagalan adalah bahagian penting dalam pembelajaran dan inovasi.

“Sama seperti ketika anak-anak bermain LEGO, mereka bina dan sentiasa membina semula blok LEGO di rumah dan kami juga melakukan hal yang sama di makmal,” kata Brooks.

Menurut kenyataan syarikat itu, saintis dan jurutera telah menguji lebih dari 250 variasi bahan PET, serta ratusan formulasi plastik lain, sebelum mencipta prototaip terbaharu.

prototaip
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!