Lego Super Mario Pengembaraan Bersama Luigi Kursus Starter );

Type to search

Adamedia Isu Best

Pelancaran Jualan Koleksi ‘Lego Super Mario Pengembaraan Bersama Luigi Kursus Starter’ Pada 1 Ogos 2021

Share
lego

Penuhi permintaan peminat dari seluruh dunia… masa untuk LEGO® Luigi™!

LEGO Group telah mengumumkan kegemaran peminat Luigi™ tersedia untuk menyertai koleksi terbaru LEGO® Super Mario™ dengan LEGO Super Mario Adventures bersama Luigi Kursus Starter.

Menampilkan watak LEGO Luigi yang hampir sama dengan Mario, namun berbeza dalam versi pakaian berwarna biru gelap dan hijau yang interaktif adalah barisan produk terbaru Super Mario yang cukup dinanti-nantikan.

Hasil kerjasama unik dengan Nintendo yang memperkenalkan cara terbaru untuk bermain bersama LEGO bricks.

Walaupun berdasarkan LEGO tradisional produk batu bata, LEGO Super Mario adalah unik kerana kanak-kanak dapat membina secara bebas dengan Kursus Super Mario dan menghidupkan kedua-dua watak (Mario & Luigi) secara interaktif.

Menurut Takashi Tezuka, Pegawai Eksekutif dan Pengeluar Permainan Nintendo, penambahan koleksi Luigi dan Mario secara tidak langsung mencipta permainan yang menyeronokkan.

“Tidak sabar rasanya untuk melihat pengalaman kanak-kanak bermain bersama kedua-dua watak sekali,” katanya lagi. 

Dengan 280 keping Pengembaraan Bersama Luigi Kursus Starter, pembinaannya digabungkan dengan Super Mario dalam pelbagai cara yang menyeronokkan untuk mencipta LEGO Super Mario yang baharu.

Oleh sebab aplikasi percuma LEGO Super Mario, yang dikembangkan oleh kumpulan LEGO serasi dengan semua produk LEGO Super Mario, ini menggalakkan bagi pembinaan semula.

Koleksi LEGO® SUper Mario™ Pengembaraan Bersama Lugi Kursus Starter akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Ogos 2021 dengan harga RM259.90.

Anda boleh membeli secara preorder di laman rasmi seperti yang tertera sekarang!

  1. LEGO® Certified Stores Online:
    Brick Magic
    Box of Bricks
  2. LEGOLAND
  3. Toys ‘R’ Us Online Store
  4. LEGO® Store on Lazada
  5. LEGO® Store on Shopee 

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!