Enggan Bayar Hutang, Lelaki Guna Mikrofon Kutip Untuk Hutang

Type to search

Adamedia Isu Best

Enggan Bayar Hutang, Aksi Spontan Lelaki Guna Mikrofon Untuk Kutip Hutang

Share
hutang

Selalu dalam drama atau real life kita dapat lihat tindakan pengutip hutang pasti akan melakukan kekerasan kan? Tapi lain yang terjadi pada seorang lelaki di Lampung, Indonesia ini. 

Islam mewajibkan umatnya untuk melunaskan hutang bahkan ia satu perkara yang secara logiknya perlu dilakukan oleh sesiapa yang berhutang.

Situasi bakal menjadi rumit jika si penghutang enggan atau lewat melunaskan pinjaman dan itu yang menyebabkan kadang-kadang ada yang sampai bergaduh. 

Seorang pegawai koperasi lelaki telah berkongsikan perjalanan ketika mengutip hutang dari ahlinya, dengan cara tersendiri iaitu menggunakan mikrofon untuk memanggil secara terbuka.

Video yang tular di TikTok itu telah menunjukkan kedatangan pegawai koperasi yang dikenali sebagai Adli Nawari tidak dilihat oleh seorang wanita yang dipercayai enggan membayar hutang pinjamannya.

@adli_nawari

cara manggil nasabah biar peka dengan angsuran dan gak pura pura lupa#fypシ

♬ original sound - adli_nawari - adli_nawari

Wanita tersebut asyik mengelak untuk membayar sedangkan Adli sudah datang ke rumahnya sebelum terjumpa buat kali kedua ketika wanita tersebut sedang menaiki motosikal.

hutang
hutang

Kebetulan Adli terserempak dengan sekumpulan makcik yang sedang berkaraoke jadi tanpa berfikir panjang dia pun dengan spontan meminjam mikrofon serta speaker untuk menjalankan ‘operasinya’.

Laungan yang lucu dan lantang dari Adli telah memberi kesedaran kepada semua ahlinya untuk melunaskan pinjaman hutang tersebut. 

“Alhamdulillah semuanya telah selesai dibayar.

“Saya tiada niat untuk memalukan mereka yang liat membayar hutang, hanya aksi spontan sahaja,” jelas Adli ketika dihubungi oleh Kompas.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!