Lelaki India Guna Topeng Emas Berharga RM17,000 Untuk Lindungi Diri Dari Covid-19 - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

Lelaki India Guna Topeng Emas Berharga RM17,000 Untuk Lindungi Diri Dari Covid-19

Share

Seorang ahli perniagaan dari India membelanjakan kira-kira US$4,000 (RM17,000) untuk topeng muka khas yang diperbuat daripada emas untuk melindungi dirinya daripada Covid-19.

Menurut Shandar Kurhada, 49, topeng muka yang ditempah khas itu menggunakan 60g emas dan mengambil masa selama lapan hari untuk disiapkan.

“Ia adalah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang-liang udara kecil untuk membantu saya bernafas,” katanya kepada AFP.

“Saya tidak pasti sama ada ia berkesan untuk melindungi saya dari jangkitan virus Corona tetapi saya ada mengambil langkah-langkah yang lain,” tambahnya lagi.

Shandar berkata dia gemar berhias-hias dengan perhiasan emas apabila keluar, termasuklah gelang, rantai dan juga cincin di setiap jari tangan kanannya.

Menurutnya, dia mendapat idea berkenaan selepas melihat laporan media mengenai seorang lelaki yang memakai topeng yang diperbuat daripada perak.

“Orang ramai meminta untuk bergambar bersama saya.

“Mereka kagum apabila melihat saya memakai topeng muka emas di pasar,” katanya.

India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan virus Covid-19, yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes disahkan dan lebih daripada 18,600 kematian.

[Sumber: AFP]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!