Lelaki Ini Beli Ambulans Lama & Tukarkannya Jadi Rumah Kecil - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Lelaki Ini Beli Ambulans Lama & Tukarkannya Jadi Rumah Kecil

Avatar
Share

Michael Talley yang berasal dari Texas, Amerika membeli sebuah ambulans yang tidak lagi digunakan pada harga 4,500 usd (RM18,870) kemudian menukarkannya menjadi rumah bernilai 30,000 usd (RM125,800)

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

“Rumah” kecil menggunakan kuasa solar itu dilengkapi tilam King Size, tv 42 inci dan dek bumbung dengan panel solar beserta ruang kecil untuk bermain golf ala “driving range”. 

Kos pengubahsuaian ambulans tersebut menelan belanja 10,000 usd (RM41,934).

Talley yang sebelum ini pernah mengubahsuai bas sekolah dan van telah menjumpai ambulans jenis Ford E-350 yang dijual di laman Craigslist. Bercakap tentang konsep rumah idaman berasaskan ambulans, Talley berkata ia mestilah mempunyai ruang yang luas serta katil yang besar memandangkan dia sendiri mempunyai ketinggian 6 kaki. 

“Nak buat benda baharu mudah. Tetapi, bila anda cuba mengubahsuai sesuatu yang sedia ada, itu sukar,” jelas Talley. 

Lihat saja hasil-hasil kerja Talley melalui foto-foto di bawah. Menarik bukan. Talley bijak bermain dengan ruang dan susun atur perabot agar rumahnya nampak luas – padahal ia hanyalah sebuah ambulans!

Kredit: Business Insider

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!